Foto: Google
Teks: #52
Posting yang sistematik dan konsisten di wall Facebook amat penting untuk pastikan kita tidak tenggelam dan supaya rakan fb tahu kewujudan kita.
Kenapa? Bisnes okay.
Ibarat Kedai ditepi jalan, ramai yang lalu lalang, tapi tak nampak kedai. Posting yang lalu lalang di wall ibarat pintu masuk. Pelanggan yang betul-betul minat akan masuk tanpa dijemput. Posting yang tak konsisten macam pintu kedai yang tertutup. Macam mana nak menjemput rezeki jika pelanggan pun tak masuk.
.
Dapat sesuatu?
.
Tip-tip Posting secara konsisten.
.
1. Pastikan posting yang positif, ayat jangan short form sangat. Guna ayat penuh. Elakkan ayat sastera atau ayat-ayat teknikal yang susah nak faham. Ayat kita-kita yang biasa guna pun dah okay. Semua ni nak bagi orang paham bila baca.
.
2 Ada Idea penulisan yang konsisten.
Sediakan Buku Nota untuk catit idea. Cuba dalam masa 20 hari. Ambil masa yang sesuai iaitu waktu pagi selepas atau sebelum subuh. Setiap hari selama 20 hari tersebut, catat apa yang ingin ditulis pada dinding facebook anda. Cuba dengan 5 Posting. Pastikan satu daripada posting adalah story telling.
Nak lebih mudah, gunakan software HOOTSUITE, satu platform untuk urusakan posting kita di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan twitter. Tulis semua posting pada satu-satu masa setkan tarikh dan masa untuk post. Cara ini lebih menjimatkan masa.
Tahu kesesuaian penulisan dengan masa untuk posting. Panduan posting yang sesuai;
7.00-8.00 pagi - Ucapan Selamat Pagi, kata-kata motivasi
10.00 pagi - Post sesuatu yangg bemanfaat , panjang pun tak apa , motivasi , tips, soft selling atau story telling . Up tentang aktiviti kraf pun boleh. Hard selling pun boleh.
12.30-2.00 petang - Masa ni waktu rehat, Elak post panjang-panjang. Post sesuatu yang ringkas. Story telling atau pertanyaan ringkas yang boleh menjentik hati pembaca.
5.30-7.00 petang - Biasa waktu pulang kerja. Suri rumah pula bersiap-siap sambut kepulangan suami tercinta. Sambil-sambil tunggu, mesti jenguk juga fb sepintas lalu. Tip berbentuk humor pun boleh dikongsi. Up produk kraf bukan untuk promote tetapi lebih kepada perkongsian cerita atau pertanyaan.
9.30-11.45 malam - Waktu hard selling sebab masa ni pembaca dah boleh fokus pada apa yang ada di wall.
12.00 malam. Jangan menjual.
No comments:
Post a Comment