Thursday, March 16, 2017

Asas Jahitan Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Team Kraf Kreatif/ Nurdaya Craft
Entri #23

Jahitan adalah satu kemahiran yang perlu di pelajari apabila anda ingin menghasilkan kraftangan Felt. Tinggi nilai hasil anda bergantung kepada kualiti bahan, kekemasan dan jahitan yang sempurna. Beberapa jenis jahitan asas yang perlu anda tahu dan kuasai ialah insang pari, jelujur, dan jahitan mengundur. Pemilihan jarum dan benang yang sesuai mempengaruhi kekemasan jahitan anda. 
Teknik Jahitan Asas: Jahitan Mengundur, Jahitan Insang Pari dan Jahitan Jelujur

Dalam menghasilkan kraf Felt, saya lebih gemar menggunakan jahitan insang pari sebagai asas jahitan. Jahitan ini lebih kemas dan timbul. Menggunakan dua urat benang menghasilkan jahitan yang lebih menarik dan jelas. Tetapi anda perlu berhati-hati, jika terlalu panjang, benang mudah tersimpul.


Antara contoh-contoh jahitan insang pari yang pernah saya hasilkan.

Tip-tip kuasai Teknik Jahitan
1. Belajar melalui pemerhatian dan cuba buat.
Belajar melalui tutorial video supaya lebih jelas dan cepat faham.
Jahitan yang tidak kemas pada permulaan adalah pekara biasa.
2. Ukur anggaran jarak dengan menggunakan hujung kuku. 
3. Teruskan latihan jahitan sehingga anda berpuas hati.
4. Selepas mahir menggunakan seurat benang,
 cuba pula jahitan yang menggunakan dua urat benang. 
 Ini dapat menghasilkan kraftangan yang lebih kreatif dan nampak kemas

No comments:

Post a Comment