Friday, March 10, 2017

Kain Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #10

Kain Felt adalah bahan yang paling asas dalam kraftangan berasaskan Felt.  Dalam entri kali ini saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk kenal pasti kain Felt, pemilihan Felt yang sesuai dengan produk, kualiti dan pembekal kain Felt. Pasaran Felt di Malaysia kebanyakan tertumpu kepada jenis Arcylic dan Polyfelt.

Kebiasaanya, Tekstur kain felt adalah kesat, berbulu dan panas. Tidak sesuai untuk membuat pakaian. Tetapi amat cantik jika dibuat kerongsang bunga untuk dipin pada tudung atau pakaian. Kain Felt berbeza dari segi ketebalan. Ada ketebalan bersaiz 2 mm dan 1 mm yang biasa digunakan dalam industri kraftangan di Malaysia. Felt juga terdiri daripada kain felt yang lembut (arcylic) dan yang keras(polyfelt). Pemilihan kain felt yang sesuai amat penting untuk hasilkan produk yang cantik dan berkualiti.

Harga kain felt berbeza mengikut jenis, ketebalan dan kualiti. Harga pasaran untuk felt di Malaysia antara RM5.50-RM16/meter. Ada juga saiz Felt yang lebih kecil dijual  1/4 M,1/2M, 1/8M, 1/16M dan Saiz A4. Harga juga berbeza. Makin kecil kebiasaan makin mahal.

Jenis Kain Felt dan Kegunaan


Jenis: Arcylic 
Felt jenis lembut, tidak mudah renyuk apabila dilipat
Kesesuaian produk: Produk berasaskan bantal, Brooch, 
Gubahan bunga, dan pin cushion.
Penggunaan Fabi dan Dies lebih sesuai untuk memotong membentuk precut
Kekurangan: Agak sukar jika gunakan jahitan tangan 
untuk menjahit Felt Arcylic



Jenis Poly Felt 1mm
Felt jenis keras, mudah renyuk apabila dilipat
Kesesuaian produk: Kegunaan yang lebih luas. Produk berasaskan beg atau bekas pencil, 
keychain, applique dan huruf
Menghasilkan potongan yang lebih cantik jika digunting.
Kekurangan: Mudah renyuk dan akan meninggalkan kesan lipatan jika dilipat


Jenis Poly Felt 2mm
Felt jenis keras dantebal, mudah renyuk apabila dilipat
Kesesuaian produk: Kegunaan yang lebih luas. Produk berasaskan beg atau bekas pencil, 
keychain, applique dan huruf
Penggunaan Fabi dan Dies lebih sesuai untuk memotong membentuk precut
Kekurangan: Mudah renyuk dan akan meninggalkan kesan lipatan jika dilipat

Penerangan di atas adalah perkongsian idea gambaran kasar sahaja, Anda sendiri boleh cuba buat kajian kesesuaian kain untuk menghasilkan kepelbagaian produk. Jadikan produk anda lebih kreatif dan pelbagai. Dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif, usaha, usaha dan usaha sehingga berjaya.

Pembekal Kain Felt:

1. Bizz Aina (Online)
2. Ayra Aurellia (Online) Kedai di-Sri Kembangan
3. Aurora Giftdeco (Online) Kedai di-GMKlang
4. Yati Y-Shoppe (Online) Kedai- Dearah Kemamaan, Terengganu
5. Noor Intan Sapinah Intan Hashim
6. Nor Salfarina
7. Pinky Blink Kedai-Pasir Gudang
8. Rosmini Lahaya
9. Kiut Miut Kraf (Printed Felt)
10.Amal Creative

3 comments:

  1. makasih admin....post yg sgt bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. Terbaik dayah..selalu akk post dlm fb page, rasa mcm x aktif je. Personal fb akk guna nama sndiri. Nk minta pendpt dayah, kalau personal fb tukar jd tpt biz, ok tak?

    ReplyDelete