Wednesday, October 4, 2017

SOP

SOP
Standard Operation Procedur.
Dalam Bisnes Kraf.

Dalam bisnes kecil-kecil ni SOP pun penting dan sangat berbaloi jika kita amalkan. SOP ni senang kata cara gerak kerja kita apply dalam bisnes supaya lebih tersusun dan sistematik. Terutamanya bila uruskan tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Antara aspek yang perlu kita tekankan

1. Draft Flow (aliran / carta gerak kerja) supaya nampak lebih jelas

Contoh:
Terima tempahan ➡ Catat tempahan pelanggan ➡ Order/Sediakan barang mentah➡memotong➡menjahit➡Menampal huruf➡Packing➡Pos

2. Sediakan tempat yang sesuai dan tetap. Khaskan tempat untuk memotong,menjahit dan menampal huruf jika ada ruang yang besar.

Jika ruang yang kecil, siapkan satu satu tugasan dimulakan dengan memotong👉menjahit/menampal👉kekemasan (check kualiti) 👉Packing.

3. Sediakan bakul atau bekas yang berlabel supaya senang cari 😉. Sediakan juga tempat khas untuk kain felt dan bahan kraf yang lain.

4. Sediakan stok separa siap dalam kuantiti yang banyak (precut) dalam bekas berasingan mengikut jenis dan labelkan. Kerja jadi cepat dan lebih sistematik.

5. Catatan. Sediakan Rekod pelanggan dan Rekod Jualan.

Monday, October 2, 2017

STRATEGI PERLETAKAN HARGA

Perletakan harga produk menjadi satu isu yang agak besar dalam industri kraftangan felt.
Masalah yang biasa kita hadapi bila nak tentukan harga.

1. Tak tahu nak letak harga yang sesuai
2. Kualiti dan ketahanan barang mempengaruhi harga
3. Faktor "main harga"
4. Pelanggan complain mahal
5. Pelanggan banding harga crafter yang lain
6. Request design yang agak susah tetapi nak harga murah?
7. Bimbang harga terlalu mahal atau terlalu murah.
8. Pelanggan minta diskaun.
9. Pelbagai design dan ukuran yang berbeza tetapi harga sama.
10. Banyak jenis produk

Antara strategi yang mungkin boleh diguna pakai.

Strategi 1

Tetapkan sekurang nya 2 harga pada satu jenis produk. Harga Tetap / Harga Promosi @ Diskaun / Harga borong / Harga letgo

Contoh;
Keychain
Kos rm2

Harga Rm5.00 (untung rm3)
Harga borong rm4/pcs. Min 30pcs (untung rm2/pcs. Rm60 bg 30pcs)
Harga promosi rm3/pcs. Min 30pcs (untung rm1/pcs. Rm30 bg 30pcs)

Tip: Harga lebih Murah jika kasteme beli banyak. Tapi kita masih boleh untung.

Perlu kenal pasti produk yang sesuai. Tak semua produk boleh dijual pelbagai harga

Strategi 2:

Tentukan satu guideline perletakan harga. Antara kriteria yang perlu tahu untuk dapatkan kos produk.

✔Jenis Produk
✔kos bahan (saiz kain/hiasan & bahan lain seperti gam/benang)
✔kos upah
✔Masa

Strategi 3:

✔Harga promosi jika jualan terlalu perlahan.

✔Tentukan tempoh masa. Jangan terlalu lama.

✔Pilih produk yang mudah dan cepat disediakan.

✔Pilih produk readystok jika ada.

Friday, April 14, 2017

Tip-tip Posting secara Konsisten

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google
Teks: #52

Posting yang sistematik dan konsisten di wall Facebook amat penting untuk pastikan kita tidak tenggelam dan supaya rakan fb tahu kewujudan kita.

Kenapa? Bisnes okay. 

Ibarat Kedai ditepi jalan, ramai yang lalu lalang, tapi tak nampak kedai. Posting yang lalu lalang di wall ibarat pintu masuk. Pelanggan yang betul-betul minat akan masuk tanpa dijemput. Posting yang tak konsisten macam pintu kedai yang tertutup. Macam mana nak menjemput rezeki jika pelanggan pun tak masuk.
.
Dapat sesuatu?
.
Tip-tip Posting secara konsisten.
.
1. Pastikan posting yang positif, ayat jangan short form sangat. Guna ayat penuh. Elakkan ayat sastera atau ayat-ayat teknikal yang susah nak faham. Ayat kita-kita yang biasa guna pun dah okay. Semua ni nak bagi orang paham bila baca.
.
2 Ada Idea penulisan yang konsisten.

Sediakan Buku Nota untuk catit idea. Cuba dalam masa 20 hari. Ambil masa yang sesuai iaitu waktu pagi selepas atau sebelum subuh. Setiap hari selama 20 hari tersebut, catat apa yang ingin ditulis pada dinding facebook anda. Cuba dengan 5 Posting. Pastikan satu daripada posting adalah story telling.

Nak lebih mudah, gunakan software HOOTSUITE, satu platform untuk urusakan posting kita di media sosial termasuk Facebook, Instagram dan twitter. Tulis semua posting pada satu-satu masa setkan tarikh dan masa untuk post. Cara ini lebih menjimatkan masa.



Tahu kesesuaian penulisan dengan masa untuk posting. Panduan posting yang sesuai;

7.00-8.00 pagi - Ucapan Selamat Pagi, kata-kata motivasi

10.00 pagi - Post sesuatu yangg bemanfaat , panjang pun tak apa , motivasi , tips, soft selling atau story telling . Up tentang aktiviti kraf pun boleh. Hard selling pun boleh. 

12.30-2.00 petang - Masa ni waktu rehat, Elak post panjang-panjang. Post sesuatu yang ringkas. Story telling atau pertanyaan ringkas yang boleh menjentik hati pembaca. 

5.30-7.00 petang - Biasa waktu pulang kerja. Suri rumah pula bersiap-siap sambut kepulangan suami tercinta. Sambil-sambil tunggu, mesti jenguk juga fb sepintas lalu. Tip berbentuk humor pun boleh dikongsi. Up produk kraf bukan untuk promote tetapi lebih kepada perkongsian cerita atau pertanyaan.

9.30-11.45 malam - Waktu hard selling sebab masa ni pembaca dah boleh fokus pada apa yang ada di wall.

12.00 malam. Jangan menjual. 




Monday, April 10, 2017

Hasilkan Produk Ekspres dalam Bisnes

Teks: Nurul Hidayah Harun
# Entri 49

Fomula nak hasilkan banyak produk dalam satu tempoh masa yang singkat.
.
Sedia semua?
.
1. Bagi tahu dekat mental kena kuat. Bagi tahu pada hati kena cekal. Contoh, target 1k biji bulan ni.
.
2. Buat benda yang simple tetapi menarik.
.
3. Pelbagaikan satu produk tu. Contoh, pencil case boleh jual separa siap. Boleh jual yang sepenuhnya siap. Kasteme lebih banyak pilihan.
.
4. Pemilihan warna yang menarik.
.
5 Buatkan hati pelanggan teruja. Bagaimana? Up la gambar-gambar yang oHsem. Biasa kita suka bila kita tengok barang tu cantik dan lambak banyak-banyak. Betul tak?
.
6. Manipulasi otak supaya bertambah kreatif. Amboi, guna ayat boombastik nampak. Kreatif dalam memghasilkan produk. Kreatif dalam mempromosikan produk.
.
#panduanbisneskraffelt

Thursday, April 6, 2017

Panduan Beli 2nd DIES.

Teks Nurul Hidayah Harun
Foto: Pinterest
Entri: #48 
Panduan Beli 2nd DIES.
2nd Dies menjadi item "hunting" pengumpul Dies. Sebab? Murah dari harga asal. 2nd Dies adalah Dies yang telah digunakan dan di "let go" atas sebab tertentu oleh pemilik.
.
Macam mana nak pilih Dies 2nd?
.
1. Jangan terburu-buru. Pastikan Dies itu ada dalam senarai wishlist. Jangan sebab anda berduit lebih. Saja-saja nak beli. Last, simpan untuk display. Hobi? Baiklah.
.
2. Kena tahu dies ni ada yang berkarat dan tumpul. Masa beli sila confirm kan dengan penjual keadaan Dies. Biasanya pemilik akan letak detail gambar, harga dan penerangan keadaan dies. Contohnya; condition dies 8/10. 2 kali gelek je.
.
3. Survey harga. Ye. Anda perlu survey harga terlebih dahulu. Jika harga kurang beberapa ringgit @ sen, sila beli baru melainkan Dies yang di let go itu tidak pernah digunakan.
.
Apa pun walaupun kita HANTU DIES. Pilih dies yang boleh memberi hasil dan pulangan sahaja. #INIBARUBISNES

Friday, March 31, 2017

Kenali Big Shot & Dies

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Sizzix
Entri #47


Big Shot
Sejenis Mesin Pemotong Dies (Die Cutting Machine) daripada brand Sizzix. Big Shot hanya boleh memotong ukuran saiz A4. Kesesuaian boleh memotong cardstock, felt, fabrik, foam, magnet sheet, leather craft aluminium dan pelbagai lagi bahan yang sesuai.
Big Shot

Fabi
Sejenis Mesin Pemotong Dies juga dari brand Sizzix. Saiz memotong sama dengan Big Shot, ukuran saiz A4 tetapi kesesuain hanya untuk fabrik. Felt sesuai untuk FABI.

Dies (Shape Cutting)
Alat untuk memotong menghasilkan sesuatu bentuk mengikut acuan. Kesesuaian bahan yang digunakan untuk dipotong bergantung kepada jenis dies. Antara Dies yang biasa digunakan daripada brand Sizzix, Spellbinders, Xcut, Fiskars dan Cuttlebug.

Sizzix Bigz Dies


Sizzix Mover & Shaper Dies

Sizzix Framework Dies

Sizzix Originals Dies

Sizzix ScoreBoards Dies


Sizzix Sizzlits Dies


Jenis Dies Keluaran Sizzix
1. Sizzix Bigz Dies
2. Sizzix Embosslits Dies
3. Sizzix Framelits Die
4. Sizzix Framework Dies
5. Sizzix Mover & Shaper Dies
6. Sizzix On the Edge Dies
7. Sizzix ScoreBoards Dies
8. Sizzix Sizzlits Decorative Strip Dies
9. Sizzix Sizzlits Dies
10. Sizzix Thinlits Die Sets
11. Sizzix Triplits Die Sets

Sizzix antara brand yang keluarkan dies untuk memotong felt adalah dies jenis foam tebal (Sizzix Bigz Dies, Framework, Mover & Shaper, On the Edge, dan ScoreBoards ). Terdapat pelbagai saiz yang sesuai dengan big shot dan fabi.

Big Shot dan Dies tak lengkap tanpa Akseseri tambahan. Antara peralatan asas yang digunakan bersama Big Shot ialah, Cutting Pad dan Multipurpose Platform.

Multipurpose Platform. 


Cutting Pad


Pemilihan dies yang sesuai boleh menghasilkan produk yang kreatif.

Rujukan
Sizzix Cutting Machines
Sizzix Shape-cutting Dies

______________________________________________________________________

Idea Ekspres!! Buat Duit dengan Dies & Big shot!!
.
Jangan tak percaya satu dies macam-macam boleh buat. 
.

Kuasi Teknik
✔ Teknik Precut Asas Dies
✔ Teknik Precut Gabung Dies
✔ Teknik Precut 3D Dies


.
.
Perkongsian pengalaman dayah selama 5 tahun. Rahsia yang dayah simpan bertahun-tahun yang dayah nak bocorkan.
.
.
✔ Persembahan video.
✔ Perbincangan pendapat.
✔ Teknik step by step.
✔ Buat duit sampai jadi!!
.
RM 10 terus masuk group,
Jom Bantai dies sampai jadi lebam!!
Misi beranakkan duit!
.
WhatsApp 016 965 4892.


__________________________________________________________________

Tip-tip Kira Kos Dan Letak Harga Produk

Teks: Nurul Hidayah Harun
Entri #46

Hari ni saya nak kongsi cara mudah kira kos dan bagi harga produk.

Kena tahu ni dulu, sebagai home bisnes crafter;
1. Kita mula modal kecil
2. Tak sesuai pakai formula bisnes yang dah lama maju. Sale ratus-ratus K.
3. Cukup sekadar APA yang kita buat tidak rugi dan boleh menabung.

Cara kira kos bagi satu produk?

1. Sebelum buat produk, kena kaji dulu pasaran produk termasuk kaji harga.


2. Okey! Dapat? Kesilapan yang biasa kita buat. Potong Kain dahulu.Baru kira kos. Alahai. 

3. Bajet ukuran Kain terlebih dahulu. Contoh 1/4 meter Kain boleh buat 24pcs keychain. Faham? Baru lah boleh kira. Kos 1/4m rupanya boleh buat 24 biji keychain.

4. Lain-lain kos? Kira bahan Asas yang lain termasuk upah (jika pakai orang), plastik, atau senang cerita lain-lain kos. Senarai dulu satu- satu nak bagi nampak. Memang susah nak dapat harga betul. Jadi buat anggaran sahaja.
Masa pun kos. Ketelitian dan sent jahitan pun kos.

5. Dapat semua harga kos ( x nilai keuntungan)
Kebiasaan (x2. / x3) .

6. Jangan gembira dulu. Dah dapat harga produk, buat lah kajian pasaran. Nama lagi bisnes kan. Pastikan harga jangan terlalu mahal @ terlalu murah. 

7. Test Market! Jangan peram okey. Ni tak, barang tak laku peram bawah katil buat perkasam.

#Panduan Bisnes Kraf Felt

Monday, March 27, 2017

Buat Duit dengan Big Shot & Dies

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #45

Beli BIGSHOT & DIES untuk Biak DUIT



Big Shot tu apa?

Big shot alat yang biasa digunakan oleh crafter untuk hasilkan precut (bentuk) daripada kain, foam @ kertas.

Dies tu apa?

Acuan bentuk yang digunakan bersama big shot. Terdapat pelbagai jenis dies dari pelbagai brand. Pemilihan dies yang betul dan tepat mampu memberi pulangan yang pantas.

Pemilihan dies pertama anda?

1. Pilih dies daripada jenis foam.
2. Pilih dies yang tepat.
3. Beli sekurang-kurang 3 dies sahaja dulu
4. Gunakan kreativiti gabungan 3 dies untuk hasilkan kepelbagaian produk.
5. Hasilkan produk, terus promote. Jangan lengah-lengeh.
6. Hasil daripada jualan pertama. Kumpul untuk tambah koleksi dies anda.
7. Jangan peram. Pastikan dies tadi jadi kuli batak anda. Buat duit sampai lebam!

INI baru namanya bisnes.

Sunday, March 26, 2017

Tuaian Hasil pada hari ke 20

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #44

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menamatkan tugasan 44 entri dalam masa 20 hari. Terima kasih Puan Nor Amalina Rohaizad, mentor yang mengajar saya menguasi ilmu asas blog dan penulisan. Terima Kasih juga Puan Masayu Ahmad, perkongsian ilmu dalam ebook Asas Blog yang amat membantu.


Hasil perkongsian ilmu dalam Bengkel Asas Blog dan Penulisan.

Pelaburan Rm150 pada permulaan memang tidak sia-sia. Sehingga hari ini, cabaran hari ke 20, selain daripada ilmu yang begitu bernilai. Saya berjaya gandakan RM150  melalui ilmu hasil perkongsian Puan Masaya, Puan Nor Amalina Rohaizad dan juga bantuan daripada sahabat kraf saya, Puan Reedwah Reefah dan Puan Sabariah. 

Dengan falsafah "Minima Modal, Maksima Untung" yang saya terapkan dalam diri, dalam bisnes apa pun strategi yang dibuat, ia perlu bersandar kepada nilai duit sebagai target yang realistik. Sepantas mana kita boleh jana duit. Terus pusing modal untuk tambah kan lagi duit. Usaha dulu. Pemberi rezeki adalah kerja Allah.

Baiklah, saya dah boleh fokus ke tugasan seterusnya. Hasilkan ebook yang berkualiti dan fokus pada bengkel Asas Kraf dan Bisnes Felt. Perjalanan saya masih panjang. Dengan niat untuk membantu sahabat kraf yang lain, saya juga perlu dibantu dan didorong. Semoga dipermudahkan. 

Amin.  

RM1000 Modal yang Ideal Mulakan Bisnes Kraf

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #43


Hari tu kata RM50 dah boleh mula bisnes kraf. Kenapa sekarang RM1000? Banyak tu. Mana nak dapat duit sebanyak tu. Sabar dulu berapa jumlah modal yang dapat dikeluarkan itu adalah hak kita. Boleh mulakan dengan berapa banyak yang kita nak.

Kenapa RM1000 mula Modal Bisnes Kraf? 

RM1000 adalah pelaburan minima yang ideal untuk kita mulakan bisnes Kraf. Kenapa? Nak hasil cepat. Dalam bisnes modal kecil, untuk besarkan bisnes, agak lambat. Betul tak? Mesti ada sesuatu jumlah yang membolehkan kita pecut dalam perniagaan,

Tetapi ada pantang larang juga ye. Nak Bisnes, perlu kepada ilmu dan cara yang betul. Jangan pula modal jadi lebur 

Sebelum tu, kena ingat ni:

1. Kreativiti adalah kemahiran. Ia boleh dipelajari dan di asah.
2. Usaha dulu. Belajar dan terus cuba.
3. Bezakan hobi dan bisnes. Hobi buat APA yang kita minat, bisnes
APA yang orang lain (pelanggan) minat.

Perlu untuk kita buat pecahan sebelum kita mulakan sesuatu bisnes. Target yang jelas juga sangat penting.

#Fokus
#Aggresif
#Cepat
#Mentor

APA yang perlu dibuat dengan Modal RM1000.

Set Asas Big Shot


1. Beli Big shot & Dies
2. Beli Bahan Mentah (Kain Felt)
3. Hasilkan precut dan jual.
4. Buat pusingan modal
5. Modal; beli dan mulakan (langkah 3) atau kembangkan kepada satu produk yang lain. Pastikan modal yang minima.
6.Modal; bagi yang tiada asas, tapi ada minat. Luangkan masa untuk menyertai mana-mana bengkel Kraf atau bengkel bisnes.

Cara cepat untuk maju dalam bisnes bergantung kepada mesin dan peralatan yang digunakan. Big Shot & Dies adalah alatan paling ideal untuk kita laburkan modal. Bayangkan Big Shot boleh menghasilkan paling sikit 4 produk sekali gus berbanding hand cut hanya satu produk (precut). Hasil hand cut belum tentu cantik, perlu kepada latihan yang berulang dan teknik yang betul. 

Dalam perniagaan, kuantiti itu penting. Sebeberapa banyak kita boleh hasilkan produk dalam masa yang singkat. Sama juga dengan bisnes-bisnes yang lain. Produk juga mudah dijual dan lebih banyak permintaan. Bezanya kraf, adalah kualiti dan keunikan yang ada padanya.

Cara mudah buat duit tanpa perlu kepada kreativiti bagi mereka yang tak ada pengalaman. Senang! Walaupun masih dalam proses pembelajaran. Anda masih boleh buat duit. Belajar dulu dari pengalaman. Rasa tu kain Felt itu macam mana. Rasa dahulu jual produk itu macam mana. Berkenalan dahulu dengan pelanggan anda. Bila anda sudah kenal mesra dan tahu siapa pelanggan anda. Senang untuk atur strategi.

Nak atur strategi, tetapi tak tahu bagaimana? Masa inilah baru anda ambil langkah seterusnya. Sertai mana-mana bengkel bisnes.

Saturday, March 25, 2017

Penjenamaan Bisnes melalui Personal FB

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #42

Asas kepada Penjenamaan Bisnes

Saya lebih menekankan personal FB sebagai asas kepada penjenamaan bisnes dan produk bagi mereka yang baru bermula. Membina kepercayaan terhadap follower yang berpotensi untuk tukarkan kepada pelanggan amat penting.



1. Penggunaan Nama pada facebook 
2. Penggunaan Profile dan Cover Picture
3. Pengisian Posting yang berkaitan dan bermanfaat
4. UP status positif
5. Perbanyakkan Story Telling dalam Copy Writing 
6. Amalkan konsep Soft Selling


Kepentingan Penjenamaan Bisnes dan Produk:

1. Membezakan produk kraf seseorang. Keunikan dan kreativiti pada produk kraf membolehkan kita berada dalam kelompok pilihan pelanggan.
2. Mudah untuk pelanggan mencari dan membeli hasil produk kita 3. Penjenamaan melalui nama di rangkaian social media seperti facebook, sama ada mengunakan nama sendiri atau nama bisnes seperti Nurdaya Craft, Maya Craft, Umi & Felt Product & Supplies. Memudahkan pelanggan mencari dan membeli.
4. Kualiti dan keunikan kraf itu sendiri adalah kunci kepada penjenamaan produk. Kita perlu cipta kelainan.

Senarai Pembekal Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #41

Assalamualaikum. 

Tak tahu bagaimana nak mulakan bisnes kraf? Boleh jadikan blog saya sebagai rujukan. Okey! Sekarang ilmu dah ada. Bagaimana pula nak cari pembekal bahan kraf. Hari ini saya akan kongsikan antara pembekal bahan kraf yang terbaik, insyallah bagi memudahkan urusan anda. Saya dah susun mengikut kategori asas produk kraf.



Pembekal kain Felt sebagai asas produk kraf Felt saya ada kongsi pada entri sebelum ini.
Sila ke LINK>> Pembekal Kain Felt

1. Produk berasaskan Keychain

Kebiasaan untuk menghasilkan keychain, bahan asas yang diperlukan seperti Felt, keychain ring, jump ring, fiber dan eyelet, riben.

SET DIY Keychain

Cara-cara/Tutorial DIY Keychain LOvE


2. Produk berasaskan Hiasan Brooch 

Hiasan Brooch sama ada menggunakan rasin, butang atau kain felt. Bahan asas adalah Felt, rasin, butang, brooch pin, dan gam (brand LATEX dan F-6000).

Boleh dapatkan terus SET DIY sebagai permulaan untuk bisnes di

Cara-cara/ Tutorial Brooch juga disediakan

3. SET PERMULAAN KRAF

Set permulaan (Strarter Pack) mengandungi asas bahan untuk memulakan bisnes kraf. Sangat digalakkan beli bagi mereka baru berjinak-jinak dengan seni kraf Felt.

Boleh dapatkan di

Okey? dah dapat gambaran kan. Seterusnya saya nak kongsi ONE STOP CENTER bahan kraf. Kebiasaan semua bahan kraf yang kita nak ada di sini.


Selamat Memulakan Bisnes Kraf!

Friday, March 24, 2017

Kekuatan Ayat Memujuk

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #40

Berkesempatan menonton Biz Malaysia di TV 1 tentang perkongsian ilmu Copy Writing pada 23.3.2017. Tip-tip yang dikongsi agak menarik dan semua usahawan yang berniaga online perlu kuasai limu Copy Writing untuk meningkatkan jualan produk atau servis mereka. 

Saya senaraikan point-point perbincangan untuk dikongsi bersama anda.


"Kekuatan Ayat Memujuk"

Copy Writing adalah gabungan seni & sains yang mempengaruhi pelanggan untuk membeli dengan penggunaan teks sebagai medium.


Tip-tip Copy Writing
1.Belajar dari ayat iklan yang power itu sendiri. Ambil point-point penting dan cuba karang sendiri
2. Tahu target audience sebelum buat iklan. Fokus pada 1 segment pelanggan.
3. Apa ayat yang pelanggan nak dengar.
4. Iklan yang berkesan walaupun pelanggan tak beli, tetapi akan share (viral)
5. Element penggunaan video@ multimedia adalah lebih berkesan kerana lebih kreatif.
6. Fokus pada
   1. Tajuk iklan
   2. Tawaran iklan
   3. Arahan untuk membeli
   4. Visual@gambar@multimedia
7. Iklan berkesan, kenal pelanggan.Tanya di mana pelanggan berada. Lokasi FB@IG@ kedua-duanya?
8. Tawaran ; uji satu tawaran. Tengok respon pelanggan. Sama ada tawaran itu berkesan@ tidak. Jika tidak! Ubah strategi.
9. Iklan yang padat kena tepat kepada target audience.
10. Tarik pelanggan yang berminat kepada pembeli
11. Teknik Follow UP
1.2 Sentiasa hasilkan iklan-iklan baru

Hard selling- vs-soft selling
Hard selling; terus kepada penerangan produk
Softselling; dorong orang membaca dan memberi manfaat dan membeli

#NotaKaki

Pemilihan Glue Gun yang Selamat

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #39

Biasanya bila kita guna gam tembak atau Glue Gun, tak sah tak comot. Betulkan. Gam asyik keluar bila panas. Meleleh . Melekat di lantai. Hasil kraf pula jadi comot. Stress tak? Jadi. Panduan bagi krafter baru terutamanya. 
Nak elakkan daripada situasi yang ’annoying’ ini. Anda perlu cari Glue Gun yang ada kualiti. Mahal sikit pun tak apa, asalkan senang guna dan gam tidak membazir. Setakat ni saya boleh cadangkan seperti dalam gambar.MODEL.HL
Bajet harga dalam RM10 ke atas. Tapi tak sampai pun RM20. Model ni guna Gam (Glue stick) saiz kecil sahaja (diameter app.0.5cm) .Senang nak dapat. kedai ECO (RM2.20sen) pun ada jual.



CIRI GLUE GUN YANG SELAMAT



1. Walaupun dalam keadaan ’ON’ @ panas, gam tidak meleleh keluar. 
Tetapi jangan biarkan panas terlalu lama tanpa digunakan.

2. Ada suis buka tutup. Memudahkan tugasan crafter.
Tak perlu panjangkan tangan buka tutup suis utama. 



3. Mucung yang panjang dapat mengelakkan daripada hasil
 kraf tidak kemas dan terus gam pada permukaan yang dikehendaki.



Tip tambahan: 
Elakkan guna Glue Gun di bawah kipas. Gam akan cepat sejuk dan tidak melekat. Hasil akan jadi comot. 



Selamat berkraf


DIY: 3D BUTTERFLY

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #38

Tutorial: 3D Butterfly


Hasil 3D brooch butterfly.


Precut Rama-rama boleh dapatkan di Page: Nurdaya Craft
@ whatsapp 016 965 4892 


Cara Mudah hasilkan 3D Butterfly

10. Untuk jadikan brooch, gamkan pin pada bahagian belakang. 
Seeloknya gunakan pistol gam supaya tahan lebih kuat.

BUSYBOOK: Diy Lobak Comel


Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #37

Tutorial mudah pengisian aktiviti Busybook.

DIY Lobak Comel



Berminat dengan idea-idea busybook? Boleh terus ke LINK >>Busybook Creative by Nurdaya Craft

Jom Bisnes Busybook

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #36


Busybook antara trend yang semakin meletup dikalangan orang kita sekarang.

Salah satu pengisian yang berfaedah untuk ibubapa bersama anak-anak mereka. Jadi cepat-cepat lah buat duit sementara peluang masih terbuka.


Mula-mula tengok pada hasil kerja orang lain, mesti kita fikir beberapa soalan yang biasa orang fikir. Susah ke nak mulakan bisnes busybook? Susahnya nak buat? Renyeh? Tak de sambutan? Tak de idea? Tak kreatif?

Kita mesti ingat, dalam apa-apa yang kita buat, usaha letak depan, nak dengan tak nak je kan. Saya nak kongsi cara-cara nak mulakan business busybook.


1. Try & error. Cuba buat sendiri dulu busybook. Idea boleh Google. Cari aktiviti yang pelbagai. Cuba buat dalam 5 aktiviti. Untuk permulaan, kalau nak jimat dan tak yakin, saya cadangkan guna saiz separuh A4. Pilih aktiviti yang simple

2. Gunakan bakat dan peralatan yang ada. Sebagai orang seni, kita sedia maklum kita ada kelebihan masing-masing. Ada yang pandai buat applique, ada yang pandai buat dolls, ada yang kaya dengan dies-dies tapi tersimpan rapi dalam almari. Sesuaikan apa yang ada dengan aktiviti busybook yang kita nak buat. Perca felt yang ada, jangan dibuang. Masa ni la nak buat eksperimen.

3. Publish hasil busybook. Lepas siap dan hias cover cantik-cantik, Ambil gambar cantik-cantik. Post dalam fb, insta dan apa-apa medium untuk dapatkan feedback. Minta pendapat rakan-rakan. Kongsi hasil keje anda dalam group yang sesuai. Jangan  kacau group yang tidak berkenaan. Jaga etika. 

4. Mula bisnes. Lepas siapkan satu contoh. Buat list budget. Kira semua kos termasuk kos upah. Kira untung. Kira harga untuk jual. Yang ni kena kaji la sikit ye. Kaji harga pasaran. Pastikan tak murah sebab tak berbaloi dan pastikan tak mahal sangat sebab tak ada siapa nak beli. Letak harga yang berbaloi dengan hasil titik peluh kita.

5. Iklan. Buat la iklan sikit-sikit. Senaraikan aktiviti yang kita tawarkan. Tunjuk contoh yang kita buat. Yang penting, gambar busybook jelas dan cantik.

Bengkel Asas & Bisnes Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Team Kraf Kreatif
Entri #35


Perancangan awal kerjasama kumpulan yang melibatkan tiga orang krafter bergabung kepakaran dan berkongsi ilmu. Alhamdulillah. Kami sudah mula iklankan bengkel kraftangan. Tahun ni kami kembangkan lagi skop melibatkan pengurusan bisnes kraf. 

PAKEJ KELAS ONLINE TEAM KRAF KREATIF
Pakej yuran Kelas Asas Kraftangan Felt & Bisnes Online Kraf Felt

Pakej 1: 
✔Kelas Asas Kraftanga Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔E-Tutorial Kraftangan Felt

Pakej 2: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔E Tutorial Krafttangan Felt 
✔Bengkel Bisnes Online Kraf

Pakej 3: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF 
✔Bengkel Bisnes Online Kraf 
✔Mini E-BOOK Panduan Bisnes Kraf Felt

Pakej 4: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔Bengkel Bisnes Online Kraf
✔Mini E-BOOK Panduan Bisnes Kraf Felt 
✔Follow Up Bisnes untuk tempoh 3 Bulan.