Wednesday, March 8, 2017

Kerja Sementara Pengalaman Bermakna

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #3

Mencari kerja dengan niat untuk kumpul modal perniagaan, memberikan saya pengalaman lebih daripada itu. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Ilmu yang diperolehi akan saya manfaatkan dalam mengembangkan perniagaan saya. Insyallah.



Kerja pertama saya ialah sebagai operator di sebuah kedai pakaian, Zon Ria daerah Besut, Terengganu.  Jauh lari dari bidang kan? Tapi tak mengapa, lagipun target bekerja hanya sementara. Pengalaman sebagai operator di sana sangat berguna untuk saya aplikasikan dalam perniagaan saya. Antara pekara yang ditekankan adalah aspek pengurusan masa dan kerja. Saya ditugaskan di bahagian pakaian wanita. Apa yang penting, pastikan keadaan dan susunan pakaian sentiasa kemas. Bukan kerja mudah, jika ramai pelanggan, di sinilah kesabaran diuji. 

Selain itu, saya juga belajar cara untuk menyusun dan meyemak stok pakaian dan peralatan dengan mengunakan sistem kod.  Sekarang  saya dapat mengaplikasi sistem kod dalam bisnes dan Ya! Ia amat membantu. Selain itu, saya juga pernah  ditugaskan sebagai cashier atau Juru wang. Tugasan ini agak mencabar di mana saya perlu mengira sepantas yang boleh. Susunan dan pengiraan wang pula perlu betul. Kesilapan kecil boleh mengakibatkan gaji saya dipotong. Bunyi macam kejamkan.Tapi itulah realitinya. Ini bermaksud pengurusan kewangan amat penting dalam sesebuah syarikat. Duit yang masuk perlu sama dengan jumlah barang yang keluar. Kerja ini juga mengajar cara untuk melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Begitu juga rakan setugas. Saya perlu bijak menangani dan tidak melibatkan sebarang masalah di tempat kerja.


Pengalaman kedua saya apabila saya diterima menjadi guru sandaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Besut. Sekolah di mana saya belajar dulu. Saya mengantikan cikgu yang bersalin selama 2 bulan lebih. Situasi ini agak mencabar. Mengajar kanak-kanak bukan kepakaran saya, tetapi saya tetap cuba. Di sinilah saya belajar cara menangani pelbagai situasi dan kerenah pelajar. Tak sangka saya boleh mengajar dengan baik dan cara saya juga diterima pelajar. Di sini saya belajar cara berkomunikasi dengan berkesan dengan memastikan pelajar paham arahan saya dan boleh menyelesaikan tugasan dengan baik. 

Ada satu mata pelajaran Bahasa Melayu, Tahun 5, berkenaan pekerjaan, yang saya masih ingat sehingga sekarang. Saya tanya kepada pelajar antara  banyak-banyak pekerjaan yang disenaraikan, yang mana gajinya lebih tinggi. Ada pelajar yang jawab pemain bola sepak. Di situ, kita boleh mengenal pasti minat pelajar. Ada tindak balas dan jawapan daripada pelajar menunjukkan pelajar itu berminat terhadap topik yang dibincangkan. Lupa nak bagi tahu. Pelajar tersebut antara kelas yang hujung.  Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan kerjaya sebagai guru ganti dengan baik. Paling beruntung menerima hadiah hari guru daripada pelajar sekolah.

Syukur kerana aturan Allah itu sangatlah cantik. Tanpa saya sedari, rupanya pengalaman kerja ini amat membantu saya terutamanya dalam meningkatkan keyakinan diri. Pengalaman menjadi guru ganti memberi keyakinan untuk saya bercakap di hadapan orang ramai. Sekarang, saya tidak kekok lagi untuk menganjurkan bengkel-bengkel kraftangan dan menjadi salah seorang tenaga pengajar berkongsi ilmu dengan peserta.  

No comments:

Post a Comment