Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Friday, March 24, 2017

Kerugian adalah Pengalaman yang Menguntungkan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #34

Perkongsian pengalaman menyertai booth jualan tahun lepas. saya dan team mengalami kerugian yang agak besar. Itulah asam garam kehidupan berniaga. Ya. memang kami rugi sebab banyak guna pelaburan masa,duit dan tenaga. Daripada ke semua produk yang dihantar hanya 10% sahaja yang laku. Sewa booth pun tak lepas.  

Kerugian itu agak membuatkan kami semua terduduk. Stress dan hampir putus harapan. Tapi sekejap je tu. Berbekalkan saki baki semangat yang ada, kami teruskan hari-hari biasa dan tahun ini kami lebih berstrategi. Siapa kata rugi itu satu kerugian? Satu masa ia akan jadi pengalaman yang menguntungkan. Besar modal, besarlah pulangannya. besarlah juga kerugiannya. 

Cerita tahun lepas, saya dan team buat barang untuk satu booth konvo yang agak besar. Sewa pun boleh tahan. Melalui pengalaman sebelumnya, jualan booth konvo antara yang paling tinggi jualan. Semuanya mencapai target. Tetapi, ini lah cabaran kami. Penghujung tahun 2016, hasil jualan booth agak suram.

Apabila melibatkan projek mega macam ni, kami akan buat secara berkumpulan. Akan ada pembahagian tugasan. Kali ini, saya dapat bahagian hias menghias dan penghantaran. 200 biji bantal sedia untuk dihias dalam masa dua minggu. Tugasan pertama saya kurang berjaya. Dalam tempoh 2 minggu hanya berjaya siapkan dalam 150 biji sahaja. Berbaki 50 tanpa hiasan. 

Maka dengan jumlah tersebut dan tambahan bantal hiasan ahli team yang lain, saya dan suami hantar ke Penang. Sumbat semua sehingga padat. Tak muat, celah-celah kusyen pun jadilah. Semangat apabila kami bertiga, saya, suami dan Aisyah bersama-sama ke Penang. Sambil makan angin la katakan. Setelah selesai tugasan menghantar, kami balik dengan harapan.

Walaupun tidak seperti yang diharapkan. Ia sesuatu pengalaman yang amat bermakna. Semoga tahun 2017 memberi kami suntikan semangat yang baru. Amin.



Bantal yang diterima. Seriau tengok. 
Tetapi semangat tetap membara.



Antara sejumlah bantal yang dihias. 
Macam-macam tema ada.



Pengembaraan pertama keluarga kecil.


Alhamdulillah, tak ada istilah rugi. 
Ia cuma cabaran kecil dan pengalaman untuk jadi lebih matang.


Modal Bisnes: Hutang vs Simpanan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto:
Entri #31
Modal: Hutang vs Simpanan


Nak kembangkan perniagaan atau nak mulakan perniagaan perkara pertama kita fikir adalah modal. Betul tak? Modal sama ada hutang atau simpanan, itu terpulang kepada kita. Ini pandangan saya daripada pengalaman dan pembacaan.

1. Mulakan bisnes dengan apa yang ada dahulu. Termasuk simpanan di tangan. Hutang? Boleh! Dengan syarat kita ada kemampuan untuk bayar balik.

2. Saya sendiri memulakan bisnes Kraf dengan apa yang ada. Aset penting masa tu adalah handphone. Guna duit elaun. RM800. Semata-mata nak beli handphone yang kualiti gambar yang baik. Alhamdulillah. Dapat la sebiji LENOVO. Ingat! Gambar nak up dalam FB mesti cantik dan jelas.

3. Pernah kerja sementara sebagai promoter selama 8 bulan semata-mata untuk kumpul modal bisnes. Tapi tak banyak sangat yang dapat kumpul. Boleh lah beli big shot dan sedikit bahan kraf. Selebihnya duit simpan buat kenduri.

4. Guna mesin jahit lama mak sebelum dapat yang baru. Dapat tawaran kerja jadi cikgu ganti. Duit gaji, dapat beli mesin jahit BROTHER.

5. Selebihnya. Bangkit dengan duit simpanan. Ini sebabnya penting SAVING.

Apa pun, rezeki setiap orang tak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Ada yang dipermudahkan . Ada yang diuji. Yang penting kita ada usaha. Bila dayah toleh 5 tahun ke belakang. Syukur. Di sini dayah Sekarang. Sedang bercerita dengan anda tentang pengalaman yang boleh dijadikan ikhtibar.

Wednesday, March 15, 2017

Mengapai Impian Usahawan Kraf Berjaya

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #20

Assalamuaikum.
Salam Sejahtera.

Alhmdulillah,syukur dapat feed back positif  daripada sahabat muka buku yang suka mengikuti perkembangan blog saya.


Terima kasih Siti Haryani

Kali ini saya akan ceritakan kesusahan dan cabaran disebalik kejayaan kecil dalam dunia kraf. Matlamat utama masih belum dicapai dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Insyallah.

Saya seorang yang percayakan impian dan cita-cita. Perkara dalam dunia ni tak ada yang mustahil termasuk mengapai impian untuk menjadi seorang usahawan perniagaan kraf yang berjaya. Dan juga dengan izin Allah. Impian ini wujud sebelum saya melangkah kaki ke alam universiti, Tetapi masih kabur.Waktu itu saya sudah set minda saya untuk berniaga. Cuma tak fokus ke arah satu perniagaan. 
Ini cabaran bagi saya.

Melangkah kaki ke universiti, ilmu-ilmu keusahawanan yang dipelajari membuatkan saya lebih yakin dengan diri saya. Niat saya semakin teguh. Berniaga! berniaga! berniaga!. Tidak akan bekerja dengan orang lain. Mula dengan diri sendiri. Mula dari bawah. Tetapi, berlaku konflik dalam diri sama ada untuk teruskan atau lupakan. Pada masa itu, saya dikelilingi oleh orang yang berjaya dalam industri kosmetik, makanan, dan lain-lain yang hasilnya boleh mencapai jutaan ringgit. 

Pernah ditawarkan untuk bekerja dan dilatih oleh jutawan kosmetik. Ilmu yang saya ada insyallah boleh membantu beliau dan saya mugkin akan berjaya. Tetapi saya menolak. Saya juga pernah berada di kalangan datuk-datuk dan orang terpengaruh untuk merangka draf perlaksanaan projek pertanian untuk dana yang mencecah jutaan ringgit, tetapi saya tidak meneruskan. Sebaliknya, saya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai promoter di sebuah kedai pakaian. Rugi ke? 

Teruja melihat usahawan yang maju dan berjaya dalam pelbagai industri menyebabkan saya kehilangan identiti diri. Di sini, saya cuba untuk menjadi orang lain sedangkan itu bukan benda yang saya minat. Pernah tak dengar ungkapan "Minat sahaja tak boleh jadi kaya". Kabur dengan ungkapan itu, saya tersasar dan ini adalah pencuri masa untuk saya berjaya. Rupa-rupanya bukan kekayaan yang dicari, tetapi kejayaan. 

Pemula titik kejayaan saya adalah sebuah doa. Doa di malam yang penuh dengan kekecewaan, kebencian. kekeliruan dan kesedihan. Yakinya saya pada doa itu setelah diberi petunjuk pada sujud terakhir. Hati dilapangkan. Rasa sungguh tenang. Alhamdulillah, satu per satu doa dimakbulkan.

Alhamdulillah. Ini lah saya sekarang. Ya. saya mula dari kosong. Belajar sendiri. Cuba aplikasi ilmu dan pengalaman yang ada. Banyakkan bahan bacaan yang boleh memotivasikan diri. Kadang-kadang terpaksa menjadi pembangkang tegar untuk menegakkan cita-cita saya. Sentiasa cari pendorong. Sentiasa mencari rentak baru kerana saya masih dalam perjalanan mencapai kejayaan. Titik akhir kepada sesebuah kejayaan saya adalah kematian dalam iman yang sempurna.

Setiap ungkapan yang saya sebut berulang-ulang "Matlamat" "Rakan Positif" "Target" "Kejayaan" "Persahabatan" bukan benda remeh. Pengalaman hidup banyak mengajar kepentingan semua itu.
Kebanyakan Posting, kata-kata dan perkongsian datangnya dari pengalaman saya. 10% hasil dari bahan bacaan dan sumber-sumber rujukan yang lain.

Tip-tip kejayaan dari saya
1. Tetapkan niat.
2. Buat kerana minat.
3. Sentiasa cari pendorong (orang sekeliling yang positif dan membantu)
4. Usaha dan doa
5. Setkan Target dan Matlamat berperingkat. Sesuaikan matlamat perniagaan dengan situasi dan kehidupan kita
6. Jangan derhaka pada orang tua. Jangan putus doa orang tua terhadap diri kita walaupun kita sudah berkahwin.





Monday, March 13, 2017

Ruang Kreatif Si Cilik

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #17

Aisyah Humaira, si cilik yang panjang akalnya. Inilah anak saya. Sekarang sudah pun berumur setahun lebih. Pemainan Umi permainan Humaira juga. Nak bagi saya fokus kerja, kena pastikan Humaira fokus pada permainanya. Oleh itu, saya sediakan satu ruang khas untuk Humaira bermain. Nak tarik perhatian supaya Humaira suka bermain ditempatnya, kena pastikan tempatnya sentiasa tersusun dan kemas.

Ada antara permainan yang saya sendiri hasilkan dan ada yang beli. Kebanyakan permainan berasaskan permainan pendidikan. Bila permainan tidak lagi melekakan Humaira. Saya selang-seli dengan lagu Didi & Friends. Sekarang saya sudah mula bacakan Humaira buku cerita bergambar. Alhamdulillah, Humaira menunjukkan minat terhadap buku. 

Kanak-kanak cepat bosan bila melakukan sesuatu. Kita sebagai ibu haruslah kreatif dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Lakukan aktiviti yang berbeza. Perbanyakkan aktiviti indoor dan sekali-sekala aktiviti outdoor. Contoh aktiviti outdoor yang saya selalu lakukan bersama keluarga pada hujung minggu, bawa Humaira ke taman bermain belon air. Kadang-kadang bawa Humaira ke pantai dan air terjun. Bagi Humaira dekat dengan alam sekitar. 


Play board: Aktiviti sensory 
1. Kenal pasti warna
2. Boleh buka dan tutup zip


Busy mat: Aktiviti sensory
1. Puzzle kucing antara permainan kegemaran Humaira
2. Lady bug, aktiviti mengira


Ruang santai Aisyah Humaira.

Sunday, March 12, 2017

Sahabat Maya Kuasa Minda Positif

Teks: Nurul Hidayah Harun
Entri #13

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Kehidapan saya sebagai surirumah yang menjadikan kraftangan sebagai kerjaya menyebabkan hampir 60% kehidapan saya bersama keluarga dan kerja. 30% kehidupan besama sahabat positif di alam maya. Selepas berkahwin dan menjadi ibu, kehidupan sosial bersama kawan-kawan di luar sana tidak lagi menjadi prioriti dalam kehidupan.

Alhamdulillah juga, kebanyakan sahabat kraf saya adalah rakan positif dan rakan membina. Siapakah rakan membina ini? Rakan yang selalu memberi kata-kata semangat, rakan yang mengokong hasil kerja saya dengan komen-komen membina. Rakan-rakan yang selalu penuhkan komen dengan emoji-emoji yang comel. Rakan-rakan yang sentiasa LIKE hasil kerja saya.

Rakan positif ini banyak mempengaruhi minda saya supaya berfikir secara positif, Status membina dan perkongsian hasil kerja mereka mendorong saya menjadi inspirasi kepada saya untuk terus berkraf. Konsep perniagaan seni kraftangan tidak sama dengan jual produk siap. Untuk hasilkan seni kraf, perlu ada ketenangan, pendorong, dan ruang yang selesa. Sebab itulah waktu malam adalah waktu yang paling sesuai berkraf, waktu idea-idea datang mencurah-curah.

Harapan saya, semoga rakan positif sentiasa bertambah dan terus menyokong saya. Saya seorang peminat seni yang sentiasa memerlukan sokongan semua untuk menjadikan karya seni saya lebih baik dan lebih berkualiti. Dengan alasan? Sahabat maya memberi saya kuasa minda positif.

Terima Kasih.


Tip-tip penuhkan friendlist dengan rakan positif

1. Mulakan dengan diri kita. Positifkan diri. Barulah dapat menarik aura-aura positif disekeliling.
2. Update atau tulis status yang positif di wall Facebook. Contoh: perkongsian tip, kata-kata motivasi, rutin harian dan hasil kerja yang boleh dijadikan contoh dan inspirasi.
3. Teruskan menyapa di komen sahabat maya anda jika ada masa terluang
4. Support bisnes rakan anda komen memuji, LIKE atau SHARE hasil kerja sahabat maya anda.
5. Unfollow rakan yang negetif. Pekara-pekara negetif seperti suka penuhkan wall dengan kata-kata menghina, mengumpat, tidak hormat orang dan rungutan perlu dijauhkan kerana ini boleh memberi kesan kepada aura positif kita.

Wednesday, March 8, 2017

Kerja Sementara Pengalaman Bermakna

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #3

Mencari kerja dengan niat untuk kumpul modal perniagaan, memberikan saya pengalaman lebih daripada itu. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Ilmu yang diperolehi akan saya manfaatkan dalam mengembangkan perniagaan saya. Insyallah.



Kerja pertama saya ialah sebagai operator di sebuah kedai pakaian, Zon Ria daerah Besut, Terengganu.  Jauh lari dari bidang kan? Tapi tak mengapa, lagipun target bekerja hanya sementara. Pengalaman sebagai operator di sana sangat berguna untuk saya aplikasikan dalam perniagaan saya. Antara pekara yang ditekankan adalah aspek pengurusan masa dan kerja. Saya ditugaskan di bahagian pakaian wanita. Apa yang penting, pastikan keadaan dan susunan pakaian sentiasa kemas. Bukan kerja mudah, jika ramai pelanggan, di sinilah kesabaran diuji. 

Selain itu, saya juga belajar cara untuk menyusun dan meyemak stok pakaian dan peralatan dengan mengunakan sistem kod.  Sekarang  saya dapat mengaplikasi sistem kod dalam bisnes dan Ya! Ia amat membantu. Selain itu, saya juga pernah  ditugaskan sebagai cashier atau Juru wang. Tugasan ini agak mencabar di mana saya perlu mengira sepantas yang boleh. Susunan dan pengiraan wang pula perlu betul. Kesilapan kecil boleh mengakibatkan gaji saya dipotong. Bunyi macam kejamkan.Tapi itulah realitinya. Ini bermaksud pengurusan kewangan amat penting dalam sesebuah syarikat. Duit yang masuk perlu sama dengan jumlah barang yang keluar. Kerja ini juga mengajar cara untuk melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Begitu juga rakan setugas. Saya perlu bijak menangani dan tidak melibatkan sebarang masalah di tempat kerja.


Pengalaman kedua saya apabila saya diterima menjadi guru sandaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Besut. Sekolah di mana saya belajar dulu. Saya mengantikan cikgu yang bersalin selama 2 bulan lebih. Situasi ini agak mencabar. Mengajar kanak-kanak bukan kepakaran saya, tetapi saya tetap cuba. Di sinilah saya belajar cara menangani pelbagai situasi dan kerenah pelajar. Tak sangka saya boleh mengajar dengan baik dan cara saya juga diterima pelajar. Di sini saya belajar cara berkomunikasi dengan berkesan dengan memastikan pelajar paham arahan saya dan boleh menyelesaikan tugasan dengan baik. 

Ada satu mata pelajaran Bahasa Melayu, Tahun 5, berkenaan pekerjaan, yang saya masih ingat sehingga sekarang. Saya tanya kepada pelajar antara  banyak-banyak pekerjaan yang disenaraikan, yang mana gajinya lebih tinggi. Ada pelajar yang jawab pemain bola sepak. Di situ, kita boleh mengenal pasti minat pelajar. Ada tindak balas dan jawapan daripada pelajar menunjukkan pelajar itu berminat terhadap topik yang dibincangkan. Lupa nak bagi tahu. Pelajar tersebut antara kelas yang hujung.  Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan kerjaya sebagai guru ganti dengan baik. Paling beruntung menerima hadiah hari guru daripada pelajar sekolah.

Syukur kerana aturan Allah itu sangatlah cantik. Tanpa saya sedari, rupanya pengalaman kerja ini amat membantu saya terutamanya dalam meningkatkan keyakinan diri. Pengalaman menjadi guru ganti memberi keyakinan untuk saya bercakap di hadapan orang ramai. Sekarang, saya tidak kekok lagi untuk menganjurkan bengkel-bengkel kraftangan dan menjadi salah seorang tenaga pengajar berkongsi ilmu dengan peserta.