Showing posts with label Produk Kraf Felt. Show all posts
Showing posts with label Produk Kraf Felt. Show all posts

Friday, March 31, 2017

Kenali Big Shot & Dies

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Sizzix
Entri #47


Big Shot
Sejenis Mesin Pemotong Dies (Die Cutting Machine) daripada brand Sizzix. Big Shot hanya boleh memotong ukuran saiz A4. Kesesuaian boleh memotong cardstock, felt, fabrik, foam, magnet sheet, leather craft aluminium dan pelbagai lagi bahan yang sesuai.
Big Shot

Fabi
Sejenis Mesin Pemotong Dies juga dari brand Sizzix. Saiz memotong sama dengan Big Shot, ukuran saiz A4 tetapi kesesuain hanya untuk fabrik. Felt sesuai untuk FABI.

Dies (Shape Cutting)
Alat untuk memotong menghasilkan sesuatu bentuk mengikut acuan. Kesesuaian bahan yang digunakan untuk dipotong bergantung kepada jenis dies. Antara Dies yang biasa digunakan daripada brand Sizzix, Spellbinders, Xcut, Fiskars dan Cuttlebug.

Sizzix Bigz Dies


Sizzix Mover & Shaper Dies

Sizzix Framework Dies

Sizzix Originals Dies

Sizzix ScoreBoards Dies


Sizzix Sizzlits Dies


Jenis Dies Keluaran Sizzix
1. Sizzix Bigz Dies
2. Sizzix Embosslits Dies
3. Sizzix Framelits Die
4. Sizzix Framework Dies
5. Sizzix Mover & Shaper Dies
6. Sizzix On the Edge Dies
7. Sizzix ScoreBoards Dies
8. Sizzix Sizzlits Decorative Strip Dies
9. Sizzix Sizzlits Dies
10. Sizzix Thinlits Die Sets
11. Sizzix Triplits Die Sets

Sizzix antara brand yang keluarkan dies untuk memotong felt adalah dies jenis foam tebal (Sizzix Bigz Dies, Framework, Mover & Shaper, On the Edge, dan ScoreBoards ). Terdapat pelbagai saiz yang sesuai dengan big shot dan fabi.

Big Shot dan Dies tak lengkap tanpa Akseseri tambahan. Antara peralatan asas yang digunakan bersama Big Shot ialah, Cutting Pad dan Multipurpose Platform.

Multipurpose Platform. 


Cutting Pad


Pemilihan dies yang sesuai boleh menghasilkan produk yang kreatif.

Rujukan
Sizzix Cutting Machines
Sizzix Shape-cutting Dies

______________________________________________________________________

Idea Ekspres!! Buat Duit dengan Dies & Big shot!!
.
Jangan tak percaya satu dies macam-macam boleh buat. 
.

Kuasi Teknik
✔ Teknik Precut Asas Dies
✔ Teknik Precut Gabung Dies
✔ Teknik Precut 3D Dies

⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆
.
.
Perkongsian pengalaman dayah selama 5 tahun. Rahsia yang dayah simpan bertahun-tahun yang dayah nak bocorkan.
.
.
✔ Persembahan video.
✔ Perbincangan pendapat.
✔ Teknik step by step.
✔ Buat duit sampai jadi!!
.
RM 10 terus masuk group,
Jom Bantai dies sampai jadi lebam!!
Misi beranakkan duit!
.
WhatsApp 016 965 4892.


__________________________________________________________________

Friday, March 24, 2017

Jom Bisnes Busybook

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #36


Busybook antara trend yang semakin meletup dikalangan orang kita sekarang.

Salah satu pengisian yang berfaedah untuk ibubapa bersama anak-anak mereka. Jadi cepat-cepat lah buat duit sementara peluang masih terbuka.


Mula-mula tengok pada hasil kerja orang lain, mesti kita fikir beberapa soalan yang biasa orang fikir. Susah ke nak mulakan bisnes busybook? Susahnya nak buat? Renyeh? Tak de sambutan? Tak de idea? Tak kreatif?

Kita mesti ingat, dalam apa-apa yang kita buat, usaha letak depan, nak dengan tak nak je kan. Saya nak kongsi cara-cara nak mulakan business busybook.


1. Try & error. Cuba buat sendiri dulu busybook. Idea boleh Google. Cari aktiviti yang pelbagai. Cuba buat dalam 5 aktiviti. Untuk permulaan, kalau nak jimat dan tak yakin, saya cadangkan guna saiz separuh A4. Pilih aktiviti yang simple

2. Gunakan bakat dan peralatan yang ada. Sebagai orang seni, kita sedia maklum kita ada kelebihan masing-masing. Ada yang pandai buat applique, ada yang pandai buat dolls, ada yang kaya dengan dies-dies tapi tersimpan rapi dalam almari. Sesuaikan apa yang ada dengan aktiviti busybook yang kita nak buat. Perca felt yang ada, jangan dibuang. Masa ni la nak buat eksperimen.

3. Publish hasil busybook. Lepas siap dan hias cover cantik-cantik, Ambil gambar cantik-cantik. Post dalam fb, insta dan apa-apa medium untuk dapatkan feedback. Minta pendapat rakan-rakan. Kongsi hasil keje anda dalam group yang sesuai. Jangan  kacau group yang tidak berkenaan. Jaga etika. 

4. Mula bisnes. Lepas siapkan satu contoh. Buat list budget. Kira semua kos termasuk kos upah. Kira untung. Kira harga untuk jual. Yang ni kena kaji la sikit ye. Kaji harga pasaran. Pastikan tak murah sebab tak berbaloi dan pastikan tak mahal sangat sebab tak ada siapa nak beli. Letak harga yang berbaloi dengan hasil titik peluh kita.

5. Iklan. Buat la iklan sikit-sikit. Senaraikan aktiviti yang kita tawarkan. Tunjuk contoh yang kita buat. Yang penting, gambar busybook jelas dan cantik.

Bengkel Asas & Bisnes Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Team Kraf Kreatif
Entri #35


Perancangan awal kerjasama kumpulan yang melibatkan tiga orang krafter bergabung kepakaran dan berkongsi ilmu. Alhamdulillah. Kami sudah mula iklankan bengkel kraftangan. Tahun ni kami kembangkan lagi skop melibatkan pengurusan bisnes kraf. 

PAKEJ KELAS ONLINE TEAM KRAF KREATIF
Pakej yuran Kelas Asas Kraftangan Felt & Bisnes Online Kraf Felt

Pakej 1: 
✔Kelas Asas Kraftanga Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔E-Tutorial Kraftangan Felt

Pakej 2: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔E Tutorial Krafttangan Felt 
✔Bengkel Bisnes Online Kraf

Pakej 3: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF 
✔Bengkel Bisnes Online Kraf 
✔Mini E-BOOK Panduan Bisnes Kraf Felt

Pakej 4: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔Bengkel Bisnes Online Kraf
✔Mini E-BOOK Panduan Bisnes Kraf Felt 
✔Follow Up Bisnes untuk tempoh 3 Bulan.



Sunday, March 19, 2017

Keychain Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #28

Perkongsian Idea Produk Kreatif Keychain Felt
koleksi Nurdaya Craft

Hasil kreatif kebanyakan dihasilkan dengan menggunakan big shot dan dies. Alat yang memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja. Olahan dan gabungan bentuk-betuk precut hasil felt dari potongan dies menjadikan produk lebih pelbagai dan kreatif. Seni hand cut juga amat penting untuk hasilkan produk yang kreatif dan ada keunikan tersendiri.

Antara contoh keychain Felt olahan kreatif Nurdaya Craft








Saturday, March 18, 2017

PANDUAN PILIH HADIAH HARI GURU

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #25

Entri saya pada kali ini masih lagi berkisar kepada hadiah hari guru. Kita selalu ingin cari hadiah terbaik untuk cikgu. Hadiah yang boleh di manfaatkan oleh cikgu. Betul tak? Saya ingin kongsi idea hadiah hari guru yang menarik buat tatapan pembaca semua.

"Hadiah bernilai untuk cikgu adalah kejayaan pelajar-pelajarnya. 
Sambutan hari guru adalah satu simbolik 
untuk pelajar menghargai guru mereka kerana ilmu yang tidak ternilai harganya"


1.Berguna: Boleh dimanfaatkan oleh cikgu.
Hadiah hari guru seperti pen, buku nota, bekas pencil dan keychain nama antara hadiah hari guru yang boleh digunakan oleh cikgu. Pen contohnya boleh digunakan oleh cikgu untuk menanda kertas dan menulis. 

2. Cari hadiah ringkas tapi boleh digunakan.
Mug boleh digunakan untuk minum air atau untuk letak pencil atau peralatan guru seperti pen, pencil, pembaris dan lain-lain. Buku nota dengan nama cikgu sebagai hiasan 

3. Hadiah yang mempunyai Nilai. 
Nilai di sini kita jadikan sesuatu barang itu mempunyai nilai. Buat sendiri hadiah hari guru seperti buat kad ucapan. Ucapan kita kepada cikgu adalah satu nilai yang amat berharga di situ. 

4. Hadiah yang selalu digunakan. 
Bookmark boleh diisi dalam Buku Rancangan Pengajaran atau buku-buku lain. Cikgu dan buku terpisah tiada. Keychain nama, selalu digantung pada beg atau pencil case atau digunakan untuk menggantung kunci.




Tuesday, March 14, 2017

DIY FELT KRAF: KEYCHAIN LOVE

Teks: Nurul Hidayah binti Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #19


Tutorial mudah untuk anda. DIY KEYCHAIN LOVE. Idea kreatif bagi mereka yang berminat dengan kraf felt. Peralatan dan bahan boleh didapati secara online. Sila whatasapp 0169654892 (Pn.Hidayah) untuk keterangan lebih lanjut.




1. Letakkan bentuk love kecil di atas love besar ditengah-tengah
 Mulakan jahitan pada bahagian atas love. 
Teknik yang digunakan adalah teknik Insang Pari. 
2. Mulakan dengan masukkan jarum pada belakang bentuk love kecil. Tarik ke atas dan simpulkan.
3. Dengan menggunakan jari anda sebagai penanda jarak. Cucuk jarum pada bawah love kecil dengan jarak anggaran 2cm dari jahitan pertama
4. Tarik benang dan simpulkan. 


5. Selesaikan jahitan sehingga ke hujung
6. Letakkan hiasan butang rama-rama
7. Jahit pada bahagian butang rama-rama supaya lebih kemas
8. Siap.  


9. Susun bentuk love pada bahagian belakang.
10. Mulakan jahitan di bahagian tepi bentuk love dengan jahitan insang pari.
masukkan jarum pada belakang lapisan Felt pertama. Tarik benang.
11. Masukkan jarum pada belakang lapisan Felt ke dua dengan 
kedudukan yang sama dengan jahitan pertama. Tarik benang dan kemaskan benang
12. Jarakkan dan masukkan jarum pada bahagian bawah Felt.
13. Simpul dan kemaskan


14. Teruskan jahitan. Jangan lupa masukkan riben di bahagian atas 
di tengah-tengan bentuk love.
15. Sambung jahitan. Pastikan jahitan kena di atas riben supaya tidak tercabut,
16. Tinggalkan sedikit ruang 
17. Masukkan fiber sehingga Keychain anda jadi gebu dan
teruskan jahitan sehingga  selesai. Siap.

Selamat Mencuba!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dapatkan set lengkap SENDIRI BIKIN KEYCHAIN LOVE 
denagn harga RM6/set 

Mulakan langkah pertama anda sekarang


Whatsapp Pn.Hidayah 016 9654892

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Monday, March 13, 2017

Buku Nota Kraf Felt Hadiah Hari Guru

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #18

Masih lagi mencari hadiah terbaik untuk hari guru? Jom hadiahkan buku nota yang comel ni. Ada 4 pilihan tema berbeza khas untuk cikgu-cikgu di luar sana. Harga diantara RM10 sehingga RM15 bergantung kepada tema dan design pilihan. Belian borong dengan harga yang lebih murah. Saiz buku nota lebih kurang standard buku latihan yang biasa pelajar gunakan. Ketebalan antara 80-100gm. Bahan yang digunakan berasaskan Poly Felt (1mm). Ciri-ciri unik ada pada buku nota ni adalah design yang cantik, ada tempat letak pen di luar dan tempat letak kad pada bahagian dalam.

 Variasi Buku Nota daripada Nurdaya Craft

Buku Nota Thanks Cikgu
Tema Burung Hantu

Buku Nota Thanks Cikgu
Tema Kanak-kanak Comel

 Buku Nota Thanks Cikgu
Tema  Muslimah

 Buku Nota Thanks Cikgu
Tema Kanak-kanak Lelaki

Buku Nota Thanks Cikgu
Tema Bunga-bungan

Berminat untuk tempahan.

Boleh hubungi Pn.Hidayah 
Whatsapp 016 965 4892
Instagram @nurdaya craft 
facebook: Nurdaya Craft

KEYCHAIN HARI GURU

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #16

Selamat Petang.

Petang ni Humaira dengan Abinya jalan-jalan rumah Ma Tok. Jarak rumah dari rumah Ma Tok dalam 5 minit saja. Ruang untuk saya santai petang bersama coffee & cookies. Ok! kurang satu. Coffee, cookies, dan laptop. Tanpa ganguan Si Cilik yang panjang yang akalnya, kerja jadi cepat. Kena selesaikan cepat-cepat sebelum Si Cilik Umi balik.


Siapkan design untuk buat keychain hari guru. Editing dengan hanya guna Mc Word sahaja. Mudah dan cepat kerja. Siap nanti kita print out dan terus laminated. Potong kecil-kecil dan tampal di atas Felt. Gunting dan jadikan keychain. Mudahkan.


Hasil keychain hari guru. Siap dan boleh dijadikan hadiah.



HADIAH HARI GURU 2017

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #15

Hari guru adalah hari yang paling sibuk bagi ibubapa dan pelajar mencari hadiah. Hari Guru hari yang paling banyak cikgu menerima hadiah. Ada juga yang mengambil peluang berniaga secara kecil-kecilan produk hari guru kepada orang ramai. Di sini saya membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjual produk hari guru dengan harga yang berpatutan.



Produk yang ditawarkan:
1.Tapak Keychain
2. Keychain Bajet Hari Guru
3. Penanda Buku
4. Cover Buku Nota
5. Bekas Pencil kosong tanpa hiasan
6. SET DIY Keychain Hari Guru
(Tapak keychain + perkatan "thanks" + perkataan "teacher")



Promosi sah sehingga 20 Mac 2017 sahaja. 
Khas bagi mereka yang berminat untuk buat pembelian borong. 

Untuk maklumat lanjut hubungi Pn.Hidayah di 
  Whatsapp 016 965 4892 @