Showing posts with label Motivasi Bisnes Kraf. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Bisnes Kraf. Show all posts

Monday, April 10, 2017

Hasilkan Produk Ekspres dalam Bisnes

Teks: Nurul Hidayah Harun
# Entri 49

Fomula nak hasilkan banyak produk dalam satu tempoh masa yang singkat.
.
Sedia semua?
.
1. Bagi tahu dekat mental kena kuat. Bagi tahu pada hati kena cekal. Contoh, target 1k biji bulan ni.
.
2. Buat benda yang simple tetapi menarik.
.
3. Pelbagaikan satu produk tu. Contoh, pencil case boleh jual separa siap. Boleh jual yang sepenuhnya siap. Kasteme lebih banyak pilihan.
.
4. Pemilihan warna yang menarik.
.
5 Buatkan hati pelanggan teruja. Bagaimana? Up la gambar-gambar yang oHsem. Biasa kita suka bila kita tengok barang tu cantik dan lambak banyak-banyak. Betul tak?
.
6. Manipulasi otak supaya bertambah kreatif. Amboi, guna ayat boombastik nampak. Kreatif dalam memghasilkan produk. Kreatif dalam mempromosikan produk.
.
#panduanbisneskraffelt

Sunday, March 26, 2017

Tuaian Hasil pada hari ke 20

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #44

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menamatkan tugasan 44 entri dalam masa 20 hari. Terima kasih Puan Nor Amalina Rohaizad, mentor yang mengajar saya menguasi ilmu asas blog dan penulisan. Terima Kasih juga Puan Masayu Ahmad, perkongsian ilmu dalam ebook Asas Blog yang amat membantu.


Hasil perkongsian ilmu dalam Bengkel Asas Blog dan Penulisan.

Pelaburan Rm150 pada permulaan memang tidak sia-sia. Sehingga hari ini, cabaran hari ke 20, selain daripada ilmu yang begitu bernilai. Saya berjaya gandakan RM150  melalui ilmu hasil perkongsian Puan Masaya, Puan Nor Amalina Rohaizad dan juga bantuan daripada sahabat kraf saya, Puan Reedwah Reefah dan Puan Sabariah. 

Dengan falsafah "Minima Modal, Maksima Untung" yang saya terapkan dalam diri, dalam bisnes apa pun strategi yang dibuat, ia perlu bersandar kepada nilai duit sebagai target yang realistik. Sepantas mana kita boleh jana duit. Terus pusing modal untuk tambah kan lagi duit. Usaha dulu. Pemberi rezeki adalah kerja Allah.

Baiklah, saya dah boleh fokus ke tugasan seterusnya. Hasilkan ebook yang berkualiti dan fokus pada bengkel Asas Kraf dan Bisnes Felt. Perjalanan saya masih panjang. Dengan niat untuk membantu sahabat kraf yang lain, saya juga perlu dibantu dan didorong. Semoga dipermudahkan. 

Amin.  

RM1000 Modal yang Ideal Mulakan Bisnes Kraf

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #43


Hari tu kata RM50 dah boleh mula bisnes kraf. Kenapa sekarang RM1000? Banyak tu. Mana nak dapat duit sebanyak tu. Sabar dulu berapa jumlah modal yang dapat dikeluarkan itu adalah hak kita. Boleh mulakan dengan berapa banyak yang kita nak.

Kenapa RM1000 mula Modal Bisnes Kraf? 

RM1000 adalah pelaburan minima yang ideal untuk kita mulakan bisnes Kraf. Kenapa? Nak hasil cepat. Dalam bisnes modal kecil, untuk besarkan bisnes, agak lambat. Betul tak? Mesti ada sesuatu jumlah yang membolehkan kita pecut dalam perniagaan,

Tetapi ada pantang larang juga ye. Nak Bisnes, perlu kepada ilmu dan cara yang betul. Jangan pula modal jadi lebur 

Sebelum tu, kena ingat ni:

1. Kreativiti adalah kemahiran. Ia boleh dipelajari dan di asah.
2. Usaha dulu. Belajar dan terus cuba.
3. Bezakan hobi dan bisnes. Hobi buat APA yang kita minat, bisnes
APA yang orang lain (pelanggan) minat.

Perlu untuk kita buat pecahan sebelum kita mulakan sesuatu bisnes. Target yang jelas juga sangat penting.

#Fokus
#Aggresif
#Cepat
#Mentor

APA yang perlu dibuat dengan Modal RM1000.

Set Asas Big Shot


1. Beli Big shot & Dies
2. Beli Bahan Mentah (Kain Felt)
3. Hasilkan precut dan jual.
4. Buat pusingan modal
5. Modal; beli dan mulakan (langkah 3) atau kembangkan kepada satu produk yang lain. Pastikan modal yang minima.
6.Modal; bagi yang tiada asas, tapi ada minat. Luangkan masa untuk menyertai mana-mana bengkel Kraf atau bengkel bisnes.

Cara cepat untuk maju dalam bisnes bergantung kepada mesin dan peralatan yang digunakan. Big Shot & Dies adalah alatan paling ideal untuk kita laburkan modal. Bayangkan Big Shot boleh menghasilkan paling sikit 4 produk sekali gus berbanding hand cut hanya satu produk (precut). Hasil hand cut belum tentu cantik, perlu kepada latihan yang berulang dan teknik yang betul. 

Dalam perniagaan, kuantiti itu penting. Sebeberapa banyak kita boleh hasilkan produk dalam masa yang singkat. Sama juga dengan bisnes-bisnes yang lain. Produk juga mudah dijual dan lebih banyak permintaan. Bezanya kraf, adalah kualiti dan keunikan yang ada padanya.

Cara mudah buat duit tanpa perlu kepada kreativiti bagi mereka yang tak ada pengalaman. Senang! Walaupun masih dalam proses pembelajaran. Anda masih boleh buat duit. Belajar dulu dari pengalaman. Rasa tu kain Felt itu macam mana. Rasa dahulu jual produk itu macam mana. Berkenalan dahulu dengan pelanggan anda. Bila anda sudah kenal mesra dan tahu siapa pelanggan anda. Senang untuk atur strategi.

Nak atur strategi, tetapi tak tahu bagaimana? Masa inilah baru anda ambil langkah seterusnya. Sertai mana-mana bengkel bisnes.

Friday, March 24, 2017

Kekuatan Ayat Memujuk

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #40

Berkesempatan menonton Biz Malaysia di TV 1 tentang perkongsian ilmu Copy Writing pada 23.3.2017. Tip-tip yang dikongsi agak menarik dan semua usahawan yang berniaga online perlu kuasai limu Copy Writing untuk meningkatkan jualan produk atau servis mereka. 

Saya senaraikan point-point perbincangan untuk dikongsi bersama anda.


"Kekuatan Ayat Memujuk"

Copy Writing adalah gabungan seni & sains yang mempengaruhi pelanggan untuk membeli dengan penggunaan teks sebagai medium.


Tip-tip Copy Writing
1.Belajar dari ayat iklan yang power itu sendiri. Ambil point-point penting dan cuba karang sendiri
2. Tahu target audience sebelum buat iklan. Fokus pada 1 segment pelanggan.
3. Apa ayat yang pelanggan nak dengar.
4. Iklan yang berkesan walaupun pelanggan tak beli, tetapi akan share (viral)
5. Element penggunaan video@ multimedia adalah lebih berkesan kerana lebih kreatif.
6. Fokus pada
   1. Tajuk iklan
   2. Tawaran iklan
   3. Arahan untuk membeli
   4. Visual@gambar@multimedia
7. Iklan berkesan, kenal pelanggan.Tanya di mana pelanggan berada. Lokasi FB@IG@ kedua-duanya?
8. Tawaran ; uji satu tawaran. Tengok respon pelanggan. Sama ada tawaran itu berkesan@ tidak. Jika tidak! Ubah strategi.
9. Iklan yang padat kena tepat kepada target audience.
10. Tarik pelanggan yang berminat kepada pembeli
11. Teknik Follow UP
1.2 Sentiasa hasilkan iklan-iklan baru

Hard selling- vs-soft selling
Hard selling; terus kepada penerangan produk
Softselling; dorong orang membaca dan memberi manfaat dan membeli

#NotaKaki

Kerugian adalah Pengalaman yang Menguntungkan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #34

Perkongsian pengalaman menyertai booth jualan tahun lepas. saya dan team mengalami kerugian yang agak besar. Itulah asam garam kehidupan berniaga. Ya. memang kami rugi sebab banyak guna pelaburan masa,duit dan tenaga. Daripada ke semua produk yang dihantar hanya 10% sahaja yang laku. Sewa booth pun tak lepas.  

Kerugian itu agak membuatkan kami semua terduduk. Stress dan hampir putus harapan. Tapi sekejap je tu. Berbekalkan saki baki semangat yang ada, kami teruskan hari-hari biasa dan tahun ini kami lebih berstrategi. Siapa kata rugi itu satu kerugian? Satu masa ia akan jadi pengalaman yang menguntungkan. Besar modal, besarlah pulangannya. besarlah juga kerugiannya. 

Cerita tahun lepas, saya dan team buat barang untuk satu booth konvo yang agak besar. Sewa pun boleh tahan. Melalui pengalaman sebelumnya, jualan booth konvo antara yang paling tinggi jualan. Semuanya mencapai target. Tetapi, ini lah cabaran kami. Penghujung tahun 2016, hasil jualan booth agak suram.

Apabila melibatkan projek mega macam ni, kami akan buat secara berkumpulan. Akan ada pembahagian tugasan. Kali ini, saya dapat bahagian hias menghias dan penghantaran. 200 biji bantal sedia untuk dihias dalam masa dua minggu. Tugasan pertama saya kurang berjaya. Dalam tempoh 2 minggu hanya berjaya siapkan dalam 150 biji sahaja. Berbaki 50 tanpa hiasan. 

Maka dengan jumlah tersebut dan tambahan bantal hiasan ahli team yang lain, saya dan suami hantar ke Penang. Sumbat semua sehingga padat. Tak muat, celah-celah kusyen pun jadilah. Semangat apabila kami bertiga, saya, suami dan Aisyah bersama-sama ke Penang. Sambil makan angin la katakan. Setelah selesai tugasan menghantar, kami balik dengan harapan.

Walaupun tidak seperti yang diharapkan. Ia sesuatu pengalaman yang amat bermakna. Semoga tahun 2017 memberi kami suntikan semangat yang baru. Amin.



Bantal yang diterima. Seriau tengok. 
Tetapi semangat tetap membara.



Antara sejumlah bantal yang dihias. 
Macam-macam tema ada.



Pengembaraan pertama keluarga kecil.


Alhamdulillah, tak ada istilah rugi. 
Ia cuma cabaran kecil dan pengalaman untuk jadi lebih matang.


Wednesday, March 22, 2017

Tip-Tip Tarik Follower Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #30
1. Mesra pelanggan; Semasa reply masej pelanggan, cuba selitkan icon mesra. Sesetengah produk atau servis perlu kepada formaliti. Tapi, kita sebagai Krafter, urus niaga kita rasanya tidak perlu kepada sesuatu yang formal . Senikan kebebasan.
2. Kreatif; Produk yang kreatif ✔. Tetapi jika persembahan produk tidak kreatif. Produk kita akan kurang menyerlah.
3. Fast Respond. Yang ni terbaik jika dapat reply order pelanggan dengan cepat. Kita kan Krafter. Tak ada tangan lebih nak lakukan semua serentak. Guna auto reply pun boleh. 
4. Selitkan Free Gift bersama barang pelanggan supaya rasa dihargai. Siapa tak suka dengan sesuatu yang PERCUMA.Betul tak?
5. Seperti yang selalu dipesan "post sesuatu yang positif" FB Kedai kita. Dalam Kedai mesti CANTIK dan MENARIk. Jemput pelanggan yang lalu lalang di wall masuk dengan kata-kata yang menarik, sekali sekala tampal PROMOSI
6. Susuanan Kedai yang cantik, kemas dan teratur. Ini mewakili ALBUM gambar produk.

Facebook mewakili kedai anda.
#Panduanbisneskraffelt

Wednesday, March 15, 2017

Mengapai Impian Usahawan Kraf Berjaya

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #20

Assalamuaikum.
Salam Sejahtera.

Alhmdulillah,syukur dapat feed back positif  daripada sahabat muka buku yang suka mengikuti perkembangan blog saya.


Terima kasih Siti Haryani

Kali ini saya akan ceritakan kesusahan dan cabaran disebalik kejayaan kecil dalam dunia kraf. Matlamat utama masih belum dicapai dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Insyallah.

Saya seorang yang percayakan impian dan cita-cita. Perkara dalam dunia ni tak ada yang mustahil termasuk mengapai impian untuk menjadi seorang usahawan perniagaan kraf yang berjaya. Dan juga dengan izin Allah. Impian ini wujud sebelum saya melangkah kaki ke alam universiti, Tetapi masih kabur.Waktu itu saya sudah set minda saya untuk berniaga. Cuma tak fokus ke arah satu perniagaan. 
Ini cabaran bagi saya.

Melangkah kaki ke universiti, ilmu-ilmu keusahawanan yang dipelajari membuatkan saya lebih yakin dengan diri saya. Niat saya semakin teguh. Berniaga! berniaga! berniaga!. Tidak akan bekerja dengan orang lain. Mula dengan diri sendiri. Mula dari bawah. Tetapi, berlaku konflik dalam diri sama ada untuk teruskan atau lupakan. Pada masa itu, saya dikelilingi oleh orang yang berjaya dalam industri kosmetik, makanan, dan lain-lain yang hasilnya boleh mencapai jutaan ringgit. 

Pernah ditawarkan untuk bekerja dan dilatih oleh jutawan kosmetik. Ilmu yang saya ada insyallah boleh membantu beliau dan saya mugkin akan berjaya. Tetapi saya menolak. Saya juga pernah berada di kalangan datuk-datuk dan orang terpengaruh untuk merangka draf perlaksanaan projek pertanian untuk dana yang mencecah jutaan ringgit, tetapi saya tidak meneruskan. Sebaliknya, saya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai promoter di sebuah kedai pakaian. Rugi ke? 

Teruja melihat usahawan yang maju dan berjaya dalam pelbagai industri menyebabkan saya kehilangan identiti diri. Di sini, saya cuba untuk menjadi orang lain sedangkan itu bukan benda yang saya minat. Pernah tak dengar ungkapan "Minat sahaja tak boleh jadi kaya". Kabur dengan ungkapan itu, saya tersasar dan ini adalah pencuri masa untuk saya berjaya. Rupa-rupanya bukan kekayaan yang dicari, tetapi kejayaan. 

Pemula titik kejayaan saya adalah sebuah doa. Doa di malam yang penuh dengan kekecewaan, kebencian. kekeliruan dan kesedihan. Yakinya saya pada doa itu setelah diberi petunjuk pada sujud terakhir. Hati dilapangkan. Rasa sungguh tenang. Alhamdulillah, satu per satu doa dimakbulkan.

Alhamdulillah. Ini lah saya sekarang. Ya. saya mula dari kosong. Belajar sendiri. Cuba aplikasi ilmu dan pengalaman yang ada. Banyakkan bahan bacaan yang boleh memotivasikan diri. Kadang-kadang terpaksa menjadi pembangkang tegar untuk menegakkan cita-cita saya. Sentiasa cari pendorong. Sentiasa mencari rentak baru kerana saya masih dalam perjalanan mencapai kejayaan. Titik akhir kepada sesebuah kejayaan saya adalah kematian dalam iman yang sempurna.

Setiap ungkapan yang saya sebut berulang-ulang "Matlamat" "Rakan Positif" "Target" "Kejayaan" "Persahabatan" bukan benda remeh. Pengalaman hidup banyak mengajar kepentingan semua itu.
Kebanyakan Posting, kata-kata dan perkongsian datangnya dari pengalaman saya. 10% hasil dari bahan bacaan dan sumber-sumber rujukan yang lain.

Tip-tip kejayaan dari saya
1. Tetapkan niat.
2. Buat kerana minat.
3. Sentiasa cari pendorong (orang sekeliling yang positif dan membantu)
4. Usaha dan doa
5. Setkan Target dan Matlamat berperingkat. Sesuaikan matlamat perniagaan dengan situasi dan kehidupan kita
6. Jangan derhaka pada orang tua. Jangan putus doa orang tua terhadap diri kita walaupun kita sudah berkahwin.





Thursday, March 9, 2017

Cabaran Bisnes Kraf

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #6

Dalam idologi barat, persaingan adalah antara fokus utama yang dititik beratkan. Persaingan adalah ancaman. Tetapi, berbeza dengan idologi islam yang lebih menitikberatkan tentang ukhwah dan persaudaraan. Perlu percaya pada rezeki. Cerita tentang rezeki panjang huraiannya. Disarankan anda baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin. Nukilan beliau betul-betul menyentuh hati dan bukakan hati kita untuk berkongsi rezeki.



PESAING ITU SAHABAT. Loghat Kelantan maksud saing itu adalah kawan. Jadi istilah saing itu tidak perlu ada kaitan dengan musuh, musuh dalam selimut, tikam dari belakang, gunting dalam lipatan dan banyak lagi lah yang negetif.

Hari ini, cuba bersihkan minda masing-masing. Jadikan pesaing itu saing atau kawan kita. Pesaing itu perlu, bersaing itu sangat digalakkan. Persaingan membantu anda dalam perniagaan. Tetapi dengan cara yang positif. Bagaimana?

Sebagai contoh, kita melihat hasil kerja sahabat yang memang terbaik, ramai peminat, sentiasa aktif dalam Facebook, ramai kenalan, selalu dipuji, selalu dapat banyak tempahan. Mula-mula akan timbul perasaan cemburu. Tidak perlu tipu, cemburu itu fitrah manusia. Jika minda kita negetif, langkah pertama ialah cuba menjatuhkan dengan harapan diri sendiri yang akan naik? Ok! Nak tanya, berbaloi ke jatuhkan orang sedangkan kita tidakpun berusaha untuk naik? Tepuk dada tanya selera.

Sebaliknya, jika kita berfikiran positif, kita akan kaji perwatakan, cara kerja, ayat-ayat digunakan, strategi yang dia gunakan. Belajar dan buat ikut acuan kita. Setiap orang ada kekuatan masing-masing. Kenali potensi diri. Yakin . Insyallah anda hebat!! Kita tidak mampu untuk menjadi orang lain sebab setiap orang itu ada perbezaannya. Satupun tak ada yang sama. Itu adalah kuasa Allah