Showing posts with label DIY Felt Kraf. Show all posts
Showing posts with label DIY Felt Kraf. Show all posts

Saturday, March 25, 2017

Senarai Pembekal Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #41

Assalamualaikum. 

Tak tahu bagaimana nak mulakan bisnes kraf? Boleh jadikan blog saya sebagai rujukan. Okey! Sekarang ilmu dah ada. Bagaimana pula nak cari pembekal bahan kraf. Hari ini saya akan kongsikan antara pembekal bahan kraf yang terbaik, insyallah bagi memudahkan urusan anda. Saya dah susun mengikut kategori asas produk kraf.



Pembekal kain Felt sebagai asas produk kraf Felt saya ada kongsi pada entri sebelum ini.
Sila ke LINK>> Pembekal Kain Felt

1. Produk berasaskan Keychain

Kebiasaan untuk menghasilkan keychain, bahan asas yang diperlukan seperti Felt, keychain ring, jump ring, fiber dan eyelet, riben.

SET DIY Keychain

Cara-cara/Tutorial DIY Keychain LOvE


2. Produk berasaskan Hiasan Brooch 

Hiasan Brooch sama ada menggunakan rasin, butang atau kain felt. Bahan asas adalah Felt, rasin, butang, brooch pin, dan gam (brand LATEX dan F-6000).

Boleh dapatkan terus SET DIY sebagai permulaan untuk bisnes di

Cara-cara/ Tutorial Brooch juga disediakan

3. SET PERMULAAN KRAF

Set permulaan (Strarter Pack) mengandungi asas bahan untuk memulakan bisnes kraf. Sangat digalakkan beli bagi mereka baru berjinak-jinak dengan seni kraf Felt.

Boleh dapatkan di

Okey? dah dapat gambaran kan. Seterusnya saya nak kongsi ONE STOP CENTER bahan kraf. Kebiasaan semua bahan kraf yang kita nak ada di sini.


Selamat Memulakan Bisnes Kraf!

Friday, March 24, 2017

DIY: 3D BUTTERFLY

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #38

Tutorial: 3D Butterfly


Hasil 3D brooch butterfly.


Precut Rama-rama boleh dapatkan di Page: Nurdaya Craft
@ whatsapp 016 965 4892 


Cara Mudah hasilkan 3D Butterfly

10. Untuk jadikan brooch, gamkan pin pada bahagian belakang. 
Seeloknya gunakan pistol gam supaya tahan lebih kuat.

BUSYBOOK: Diy Lobak Comel


Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #37

Tutorial mudah pengisian aktiviti Busybook.

DIY Lobak Comel



Berminat dengan idea-idea busybook? Boleh terus ke LINK >>Busybook Creative by Nurdaya Craft

Tuesday, March 14, 2017

DIY FELT KRAF: KEYCHAIN LOVE

Teks: Nurul Hidayah binti Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #19


Tutorial mudah untuk anda. DIY KEYCHAIN LOVE. Idea kreatif bagi mereka yang berminat dengan kraf felt. Peralatan dan bahan boleh didapati secara online. Sila whatasapp 0169654892 (Pn.Hidayah) untuk keterangan lebih lanjut.




1. Letakkan bentuk love kecil di atas love besar ditengah-tengah
 Mulakan jahitan pada bahagian atas love. 
Teknik yang digunakan adalah teknik Insang Pari. 
2. Mulakan dengan masukkan jarum pada belakang bentuk love kecil. Tarik ke atas dan simpulkan.
3. Dengan menggunakan jari anda sebagai penanda jarak. Cucuk jarum pada bawah love kecil dengan jarak anggaran 2cm dari jahitan pertama
4. Tarik benang dan simpulkan. 


5. Selesaikan jahitan sehingga ke hujung
6. Letakkan hiasan butang rama-rama
7. Jahit pada bahagian butang rama-rama supaya lebih kemas
8. Siap.  


9. Susun bentuk love pada bahagian belakang.
10. Mulakan jahitan di bahagian tepi bentuk love dengan jahitan insang pari.
masukkan jarum pada belakang lapisan Felt pertama. Tarik benang.
11. Masukkan jarum pada belakang lapisan Felt ke dua dengan 
kedudukan yang sama dengan jahitan pertama. Tarik benang dan kemaskan benang
12. Jarakkan dan masukkan jarum pada bahagian bawah Felt.
13. Simpul dan kemaskan


14. Teruskan jahitan. Jangan lupa masukkan riben di bahagian atas 
di tengah-tengan bentuk love.
15. Sambung jahitan. Pastikan jahitan kena di atas riben supaya tidak tercabut,
16. Tinggalkan sedikit ruang 
17. Masukkan fiber sehingga Keychain anda jadi gebu dan
teruskan jahitan sehingga  selesai. Siap.

Selamat Mencuba!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dapatkan set lengkap SENDIRI BIKIN KEYCHAIN LOVE 
denagn harga RM6/set 

Mulakan langkah pertama anda sekarang


Whatsapp Pn.Hidayah 016 9654892

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sunday, March 12, 2017

Tutorial Diy Kraf Felt: Keychain Gajah

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #14

Hari ini saya ingin kongsikan tutorial nak buat gajah comel. 
Langkah-langkah yang sangat mudah untuk diikuti.
Teknik jahitan akan saya terangkan satu persatu.

Tutorial: DIY Keychain Gajah Comel


Bahan dan peralatan:
Gunting, Benang dan Jarum, Riben, Felt, Precut @ Pola Gajah dan Keychain Ring


Jahitan asas yang digunakan adalah insang pari. 
Langkah demi langkah seperti gambar di atas. 

1. Jahit bahagian telinga. Saya tebalkan benang (2 urat benanag)
 supaya jahitan nampak lebih cantik, timbul dan kemas.

2.Mulakan dari hujung telinga. Jahit sehingga ke hujung dengan kemas.
Gunakan ibu jari anda sebagai penanda jarak.
Jahitan menggunakan 2 urat benang mudah tersimpul. Pastikan benang 
anda tidak terlalu panjang dan jahit dengan teliti untuk hasil yang kemas


Jahit kedua-dua pasang telinga dengan jahitan insang pari.


Felt putih digunakan pada bahagian dalam untuk pastikan 
keychain anda tebal dan kelihatan kemas. Anda boleh gantikan dengan 
pilihan warna yang anda suka.

3. Gunting felt bahagian dalam  mengikut bentuk badan gajah.
Kecilkan sedikit saiz dari saiz asal badan gajah.



4. Susunkan kesemua felt seperti dalam gambar di atas. 


5. Masukkan riben (3cm) yang dilipat dua di bahagian atas sebelum
mulakan jahitan. Panjang riben boleh disesuaikan dengan kehendak anda
6. Mulakan dengan jahitan insang pari. Sama langkah di atas. Untuk badan saya 
juga tebalkan benang ( 2 utas benang)
7. Jahit dengan teliti keseliling badan gajah
8. Siap jahit. Jangan lupa masukkan ring pada riben.


9. Hias mengikut kreativiti anda. 


Selamat Mencuba

Untuk dapatkan POLA @ Precut Gajah 
Boleh wasap Pn.Hidayah@ 0169654892

@ ke link >>



Thursday, March 9, 2017

DIY Gubahan Bunga Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #7

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.

Hiasan gubahan bunga felt untuk majlis pertunagan saya sendiri.


Gubahan bunga felt ini adalah satu nostalgia indah bagi saya kerana dibuat untuk majlis pertunangan saya dua tahun yang lepas. Sesi gubahan dan sesi mengambil gambar tutorial adalah beberapa hari sebelum hari pertunangan. Idea spontan yang memang tak disangka datang. Inilah saya, sambil menyelam sambil minum air. Semua boleh asalkan hasilnya duit. Gubahan bunga yang ringkas penghias dulang hantaran dan bantal felt. Gubahan ini sesuai bagi majlis yang ringkas dan berserdahana.

Hasil daripada gubahan bunga ini, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan satu tutorial berbentuk e-book iaitu Tutorial: Gubahan Roses. E-book tutorial ini saya akan kongsikan kepada anda sebagai tanda terima kasih kerana singgah dan mengikuti perkembangkan di blog saya.


E-Book: Tutorial Gubahan Roses Majlis Pertunangan
 berharga RM15 yang kini PERCUMA


Selamat berkraf dan menghasilkan kraf yang kreatif.

TUTORIAL GUBAHAN ROSES



1. Cara-cara buat daun dari felt

2. Cara-cara buat hiasan dawai manik


3. Cara-cara menghasilkan kelopak bunga rose
 

4. Cara gubahan jambangan bunga roses


Semoga hasil tangan saya ini memberi inspirasi dan idea kepada anda diluar sana. Manfaatkan ilmu kesayangan saya ini sebaik-baiknya. Selamat berkraf.