Thursday, March 9, 2017

DIY Gubahan Bunga Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #7

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.

Hiasan gubahan bunga felt untuk majlis pertunagan saya sendiri.


Gubahan bunga felt ini adalah satu nostalgia indah bagi saya kerana dibuat untuk majlis pertunangan saya dua tahun yang lepas. Sesi gubahan dan sesi mengambil gambar tutorial adalah beberapa hari sebelum hari pertunangan. Idea spontan yang memang tak disangka datang. Inilah saya, sambil menyelam sambil minum air. Semua boleh asalkan hasilnya duit. Gubahan bunga yang ringkas penghias dulang hantaran dan bantal felt. Gubahan ini sesuai bagi majlis yang ringkas dan berserdahana.

Hasil daripada gubahan bunga ini, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan satu tutorial berbentuk e-book iaitu Tutorial: Gubahan Roses. E-book tutorial ini saya akan kongsikan kepada anda sebagai tanda terima kasih kerana singgah dan mengikuti perkembangkan di blog saya.


E-Book: Tutorial Gubahan Roses Majlis Pertunangan
 berharga RM15 yang kini PERCUMA


Selamat berkraf dan menghasilkan kraf yang kreatif.

TUTORIAL GUBAHAN ROSES



1. Cara-cara buat daun dari felt

2. Cara-cara buat hiasan dawai manik


3. Cara-cara menghasilkan kelopak bunga rose
 

4. Cara gubahan jambangan bunga roses


Semoga hasil tangan saya ini memberi inspirasi dan idea kepada anda diluar sana. Manfaatkan ilmu kesayangan saya ini sebaik-baiknya. Selamat berkraf.




No comments:

Post a Comment