Saturday, March 18, 2017

PANDUAN PILIH HADIAH HARI GURU

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #25

Entri saya pada kali ini masih lagi berkisar kepada hadiah hari guru. Kita selalu ingin cari hadiah terbaik untuk cikgu. Hadiah yang boleh di manfaatkan oleh cikgu. Betul tak? Saya ingin kongsi idea hadiah hari guru yang menarik buat tatapan pembaca semua.

"Hadiah bernilai untuk cikgu adalah kejayaan pelajar-pelajarnya. 
Sambutan hari guru adalah satu simbolik 
untuk pelajar menghargai guru mereka kerana ilmu yang tidak ternilai harganya"


1.Berguna: Boleh dimanfaatkan oleh cikgu.
Hadiah hari guru seperti pen, buku nota, bekas pencil dan keychain nama antara hadiah hari guru yang boleh digunakan oleh cikgu. Pen contohnya boleh digunakan oleh cikgu untuk menanda kertas dan menulis. 

2. Cari hadiah ringkas tapi boleh digunakan.
Mug boleh digunakan untuk minum air atau untuk letak pencil atau peralatan guru seperti pen, pencil, pembaris dan lain-lain. Buku nota dengan nama cikgu sebagai hiasan 

3. Hadiah yang mempunyai Nilai. 
Nilai di sini kita jadikan sesuatu barang itu mempunyai nilai. Buat sendiri hadiah hari guru seperti buat kad ucapan. Ucapan kita kepada cikgu adalah satu nilai yang amat berharga di situ. 

4. Hadiah yang selalu digunakan. 
Bookmark boleh diisi dalam Buku Rancangan Pengajaran atau buku-buku lain. Cikgu dan buku terpisah tiada. Keychain nama, selalu digantung pada beg atau pencil case atau digunakan untuk menggantung kunci.




No comments:

Post a Comment