Friday, March 24, 2017

DIY: 3D BUTTERFLY

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #38

Tutorial: 3D Butterfly


Hasil 3D brooch butterfly.


Precut Rama-rama boleh dapatkan di Page: Nurdaya Craft
@ whatsapp 016 965 4892 


Cara Mudah hasilkan 3D Butterfly

10. Untuk jadikan brooch, gamkan pin pada bahagian belakang. 
Seeloknya gunakan pistol gam supaya tahan lebih kuat.

BUSYBOOK: Diy Lobak Comel


Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #37

Tutorial mudah pengisian aktiviti Busybook.

DIY Lobak Comel



Berminat dengan idea-idea busybook? Boleh terus ke LINK >>Busybook Creative by Nurdaya Craft

Jom Bisnes Busybook

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #36


Busybook antara trend yang semakin meletup dikalangan orang kita sekarang.

Salah satu pengisian yang berfaedah untuk ibubapa bersama anak-anak mereka. Jadi cepat-cepat lah buat duit sementara peluang masih terbuka.


Mula-mula tengok pada hasil kerja orang lain, mesti kita fikir beberapa soalan yang biasa orang fikir. Susah ke nak mulakan bisnes busybook? Susahnya nak buat? Renyeh? Tak de sambutan? Tak de idea? Tak kreatif?

Kita mesti ingat, dalam apa-apa yang kita buat, usaha letak depan, nak dengan tak nak je kan. Saya nak kongsi cara-cara nak mulakan business busybook.


1. Try & error. Cuba buat sendiri dulu busybook. Idea boleh Google. Cari aktiviti yang pelbagai. Cuba buat dalam 5 aktiviti. Untuk permulaan, kalau nak jimat dan tak yakin, saya cadangkan guna saiz separuh A4. Pilih aktiviti yang simple

2. Gunakan bakat dan peralatan yang ada. Sebagai orang seni, kita sedia maklum kita ada kelebihan masing-masing. Ada yang pandai buat applique, ada yang pandai buat dolls, ada yang kaya dengan dies-dies tapi tersimpan rapi dalam almari. Sesuaikan apa yang ada dengan aktiviti busybook yang kita nak buat. Perca felt yang ada, jangan dibuang. Masa ni la nak buat eksperimen.

3. Publish hasil busybook. Lepas siap dan hias cover cantik-cantik, Ambil gambar cantik-cantik. Post dalam fb, insta dan apa-apa medium untuk dapatkan feedback. Minta pendapat rakan-rakan. Kongsi hasil keje anda dalam group yang sesuai. Jangan  kacau group yang tidak berkenaan. Jaga etika. 

4. Mula bisnes. Lepas siapkan satu contoh. Buat list budget. Kira semua kos termasuk kos upah. Kira untung. Kira harga untuk jual. Yang ni kena kaji la sikit ye. Kaji harga pasaran. Pastikan tak murah sebab tak berbaloi dan pastikan tak mahal sangat sebab tak ada siapa nak beli. Letak harga yang berbaloi dengan hasil titik peluh kita.

5. Iklan. Buat la iklan sikit-sikit. Senaraikan aktiviti yang kita tawarkan. Tunjuk contoh yang kita buat. Yang penting, gambar busybook jelas dan cantik.

Bengkel Asas & Bisnes Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Team Kraf Kreatif
Entri #35


Perancangan awal kerjasama kumpulan yang melibatkan tiga orang krafter bergabung kepakaran dan berkongsi ilmu. Alhamdulillah. Kami sudah mula iklankan bengkel kraftangan. Tahun ni kami kembangkan lagi skop melibatkan pengurusan bisnes kraf. 

PAKEJ KELAS ONLINE TEAM KRAF KREATIF
Pakej yuran Kelas Asas Kraftangan Felt & Bisnes Online Kraf Felt

Pakej 1: 
✔Kelas Asas Kraftanga Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔E-Tutorial Kraftangan Felt

Pakej 2: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔E Tutorial Krafttangan Felt 
✔Bengkel Bisnes Online Kraf

Pakej 3: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF 
✔Bengkel Bisnes Online Kraf 
✔Mini E-BOOK Panduan Bisnes Kraf Felt

Pakej 4: 
✔Kelas Asas Kraftangan Felt
✔DIY STARTER PACK KRAF
✔Bengkel Bisnes Online Kraf
✔Mini E-BOOK Panduan Bisnes Kraf Felt 
✔Follow Up Bisnes untuk tempoh 3 Bulan.



Kerugian adalah Pengalaman yang Menguntungkan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #34

Perkongsian pengalaman menyertai booth jualan tahun lepas. saya dan team mengalami kerugian yang agak besar. Itulah asam garam kehidupan berniaga. Ya. memang kami rugi sebab banyak guna pelaburan masa,duit dan tenaga. Daripada ke semua produk yang dihantar hanya 10% sahaja yang laku. Sewa booth pun tak lepas.  

Kerugian itu agak membuatkan kami semua terduduk. Stress dan hampir putus harapan. Tapi sekejap je tu. Berbekalkan saki baki semangat yang ada, kami teruskan hari-hari biasa dan tahun ini kami lebih berstrategi. Siapa kata rugi itu satu kerugian? Satu masa ia akan jadi pengalaman yang menguntungkan. Besar modal, besarlah pulangannya. besarlah juga kerugiannya. 

Cerita tahun lepas, saya dan team buat barang untuk satu booth konvo yang agak besar. Sewa pun boleh tahan. Melalui pengalaman sebelumnya, jualan booth konvo antara yang paling tinggi jualan. Semuanya mencapai target. Tetapi, ini lah cabaran kami. Penghujung tahun 2016, hasil jualan booth agak suram.

Apabila melibatkan projek mega macam ni, kami akan buat secara berkumpulan. Akan ada pembahagian tugasan. Kali ini, saya dapat bahagian hias menghias dan penghantaran. 200 biji bantal sedia untuk dihias dalam masa dua minggu. Tugasan pertama saya kurang berjaya. Dalam tempoh 2 minggu hanya berjaya siapkan dalam 150 biji sahaja. Berbaki 50 tanpa hiasan. 

Maka dengan jumlah tersebut dan tambahan bantal hiasan ahli team yang lain, saya dan suami hantar ke Penang. Sumbat semua sehingga padat. Tak muat, celah-celah kusyen pun jadilah. Semangat apabila kami bertiga, saya, suami dan Aisyah bersama-sama ke Penang. Sambil makan angin la katakan. Setelah selesai tugasan menghantar, kami balik dengan harapan.

Walaupun tidak seperti yang diharapkan. Ia sesuatu pengalaman yang amat bermakna. Semoga tahun 2017 memberi kami suntikan semangat yang baru. Amin.



Bantal yang diterima. Seriau tengok. 
Tetapi semangat tetap membara.



Antara sejumlah bantal yang dihias. 
Macam-macam tema ada.



Pengembaraan pertama keluarga kecil.


Alhamdulillah, tak ada istilah rugi. 
Ia cuma cabaran kecil dan pengalaman untuk jadi lebih matang.


Tip Mula Bisnes Kraf Dengan Modal Kecil

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #33




Kenapa saya selalu fokus kepada modal seperti entri-entri sebelumnya? Modal merupakan cabaran utama kita melangkah ke bidang perniagaan. Betul tak? Modal juga halangan untuk kita melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan.
Biasa tanpa modal, anda boleh mulakan dropship. Tetapi, ada lagi satu cara lain iaitu mulakan dengan apa yang kita minat.

1. Fokus pada satu produk

Mula dengan satu produk sahaja dulu. Contoh, keychain Felt. Buat sedikit kajian jenis-jenis keychain yang mendapat sambutan. Buat lawatan ke blog-blog kraf, Pinterest dan facebook sahabat kraf, cari idea. Jangan tiru tetapi buat sedikit olahan idea supaya produk anda jadi lebih unik.

2. Tentukan target jualan 

Penting untuk kita tentukan berapa target jualan untuk kita terus fokus. Pastikan realistik dan boleh dicapai. 

3. Tentukan tempoh masa jualan

Tempoh masa yang sesuai biasanya antara 2-3 bulan untuk uji jualan produk anda. Tetapi bergantung kepada usaha dan strategi promosi produk.

4. Fokus kepada strategi jualan online.

Antara yang perlu dititik beratkan adalah teknik copywriting: Fokus kepada tajuk iklan, tawaran iklan, arahan untuk membeli dan gambar/multimedia.

5. Dapat hasil jualan, bahagi kepada saving, modal dan kegunaan peribadi.

Pandangan saya untuk gunakan sistem gaji mungkin tak sesuai dengan situasi bisnes. Secara realistiknya, hasil jualan boleh dipecahkan kepada simpanan jangka masa panjang (tentukan tempoh), modal dan keperluan peribadi.

6. Modal yang diperolehi, ulangi langkah pertama.

Modal bulanan boleh kembangkan menghasilkan produk yang baru. Kraf berbeza dengan bisnes yang lain. Rajinkan lah diri, kaji idea baru dan sentiasa hasilkan produk-produk baru.

Tip-Tip Terima Tempahan Borong.

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #32

Alhamdulillah, jualan yang sangat mendapat sambutan. Target jualan dicapai! Okey, dah boleh tutup tempahan borong untuk hari guru. Sekarang,mula proses tempahan. Kali ini, berdua lebih baik untuk siapkan tempahan. Mula dari memotong dan menjahit. Perlu siapkan dengan cepat, minggu depan sudah boleh pos. Kena cepat-cepat. Nak buka strategi ke 2 dengan target baru. Fokus yang sama, pada jualan hari guru. Kali ini produk ready stok dan tempahan produk siap.




Tip-tip cepat buat kerja yang melibatkan "bulk order"

1. Kumpul semua tempahan 
2. Bahagi kepada jenis-jenis produk
3. Tentukan tempoh masa untuk siapkan
4. Fokus pada satu jenis produk untuk disiapkan.
Sambung dengan produk seterusnya.
5. Jika terlalu banyak tempahan, upah pembantu.