Friday, March 24, 2017

Modal Bisnes: Hutang vs Simpanan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto:
Entri #31
Modal: Hutang vs Simpanan


Nak kembangkan perniagaan atau nak mulakan perniagaan perkara pertama kita fikir adalah modal. Betul tak? Modal sama ada hutang atau simpanan, itu terpulang kepada kita. Ini pandangan saya daripada pengalaman dan pembacaan.

1. Mulakan bisnes dengan apa yang ada dahulu. Termasuk simpanan di tangan. Hutang? Boleh! Dengan syarat kita ada kemampuan untuk bayar balik.

2. Saya sendiri memulakan bisnes Kraf dengan apa yang ada. Aset penting masa tu adalah handphone. Guna duit elaun. RM800. Semata-mata nak beli handphone yang kualiti gambar yang baik. Alhamdulillah. Dapat la sebiji LENOVO. Ingat! Gambar nak up dalam FB mesti cantik dan jelas.

3. Pernah kerja sementara sebagai promoter selama 8 bulan semata-mata untuk kumpul modal bisnes. Tapi tak banyak sangat yang dapat kumpul. Boleh lah beli big shot dan sedikit bahan kraf. Selebihnya duit simpan buat kenduri.

4. Guna mesin jahit lama mak sebelum dapat yang baru. Dapat tawaran kerja jadi cikgu ganti. Duit gaji, dapat beli mesin jahit BROTHER.

5. Selebihnya. Bangkit dengan duit simpanan. Ini sebabnya penting SAVING.

Apa pun, rezeki setiap orang tak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Ada yang dipermudahkan . Ada yang diuji. Yang penting kita ada usaha. Bila dayah toleh 5 tahun ke belakang. Syukur. Di sini dayah Sekarang. Sedang bercerita dengan anda tentang pengalaman yang boleh dijadikan ikhtibar.

Wednesday, March 22, 2017

Tip-Tip Tarik Follower Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #30
1. Mesra pelanggan; Semasa reply masej pelanggan, cuba selitkan icon mesra. Sesetengah produk atau servis perlu kepada formaliti. Tapi, kita sebagai Krafter, urus niaga kita rasanya tidak perlu kepada sesuatu yang formal . Senikan kebebasan.
2. Kreatif; Produk yang kreatif ✔. Tetapi jika persembahan produk tidak kreatif. Produk kita akan kurang menyerlah.
3. Fast Respond. Yang ni terbaik jika dapat reply order pelanggan dengan cepat. Kita kan Krafter. Tak ada tangan lebih nak lakukan semua serentak. Guna auto reply pun boleh. 
4. Selitkan Free Gift bersama barang pelanggan supaya rasa dihargai. Siapa tak suka dengan sesuatu yang PERCUMA.Betul tak?
5. Seperti yang selalu dipesan "post sesuatu yang positif" FB Kedai kita. Dalam Kedai mesti CANTIK dan MENARIk. Jemput pelanggan yang lalu lalang di wall masuk dengan kata-kata yang menarik, sekali sekala tampal PROMOSI
6. Susuanan Kedai yang cantik, kemas dan teratur. Ini mewakili ALBUM gambar produk.

Facebook mewakili kedai anda.
#Panduanbisneskraffelt

4 Teknik COPYWRITING Berkesan Produk Kraf

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entrui #29


Copywriting yang berkesan adalah penggunaan ayat yang mampu menarik minat pembaca untuk membaca apa yang kita tulis. Dalam pemasaran produk, kaedah copywriting amat penting. Saya nak share beberapa tip yang boleh digunakan untuk menarik pelanggan anda like post anda.

1. Penceritaan (Story Telling)

Dalam bidang kraf Felt, mudah untuk kita kenal pasti siapa target pelanggan kita. Tentunya peminat kraf Felt. Betul tak? Kebanyakan peminat Felt adalah terdiri daripada penghasil dan penjual produk kraf. Di sini, penting teknik story telling dalam pengiklanan produk kita.  Gunakan kaedah lain seperti penyelesaian kepada masalah, cerita tentang keunikan dan kelebihan. Jika anda jual secara borong kaitkan dengan program-program tertentu seperti booth jualan, harga dan kelebihan. 

Kata Kunci: Kenal pasti kemahuan pelanggan.

2. Jangan terlalu Agresif Menjual

Elakkan guna kaedah "hard selling"setiap masa. Selitkan dengan cerita, perkongsian tip-tip atau "cerita di sebalik tabir" penghasilan produk kraf. Posting yang terlalu kerap dengan produk-produk kraf dan ayat-ayat "memaksa" beli akan menyebabkan pelanggan rasa jemu. Kena ingat! Strategi pemasaran produk kraf tak sama dengan produk-produk yang lain. Kraf perlu kepada idea yang sentiasa segar dan baru. 

3. Jangan Menjual

Cuba tukarkan ayat-ayat yang biasa digunakan untuk menjual dengan ayat memujuk atau ayat penceritaan.Kurangkan, atau kalau boleh elakkan penggunakan perkataan promosi. Cuba gantikan dengan ayat memujuk yang lain untuk meyakinkan pelanggan.

4. Guna ayat santai dan mudah paham.

Jangan gunakan ayat yang "skema" sebaliknya tukarkan kepada ayat yang lebih santai.

"Sila dapatkan produk kraf terbaru daripada Nurdaya Craft. Lebih Jimat. Kualiti Terjamin" Skema tak ayat? Tukar "Nak jimat tapi kualiti top! jom lah usha-usha produk terbaru kami. Terbaik..."




Sunday, March 19, 2017

Keychain Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #28

Perkongsian Idea Produk Kreatif Keychain Felt
koleksi Nurdaya Craft

Hasil kreatif kebanyakan dihasilkan dengan menggunakan big shot dan dies. Alat yang memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja. Olahan dan gabungan bentuk-betuk precut hasil felt dari potongan dies menjadikan produk lebih pelbagai dan kreatif. Seni hand cut juga amat penting untuk hasilkan produk yang kreatif dan ada keunikan tersendiri.

Antara contoh keychain Felt olahan kreatif Nurdaya Craft








Perkongsian Blog Kraf Kreatif

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #27

Review 5 Blog Trending  (melalui carian Google: Blog kraf Felt)

1.Kiut Miut Kraf



Blog ini dikategori sebagai blog produk kreatif. Produk-produk kraftangan yang ada keunikan tersendiri. Selain produk, blog ini juga diselitkan dengan idea-idea dan tutorial kreatif untuk peminat kraf.

2. Lyana Kraf


Blog Lyana Kraf juga ada keunikan tersendiri. Blog ini adalah kategori produk kreatif.
Pilihan produk yang menarik dan pelbagai menarik peminat penghasil kraf untuk membuat rujukan produk .


Blog Geng Felt Crafters' adalah blog yang mengumpulkan penghasil kraf untuk mempromosikan produk mereka. Selain itu, blog ini fokus kepada aktiviti perkongsian ilmu kraftangan Felt. Blog yang sangat bermanfaat.




Blog Panduan Asas Kraftangan Felt, yang ditulis olah Puan Nor Amalina adalah kategori blog informatif. Blog yang sangar bermanfaat dipenuhi tip-tip kraf, panduan dan tutorial kraftangan Felt.Blog yang fokuskan asas kraftangan Felt sebagai agenda utama. Blog yang sesuai untuk rujukan krafter baru.



Blog Maya Kraf di miliki oleh Puan Sabariah. Blog ini adalah blog produk kreatif. Pelbagai produk kreatif seni Felt yang boleh dijadikan panduan dan contoh oleh penghasil seni kraf. Perkongsian Tutorial dan tip-tip menberi nilai tambah kepada blog ini.


TIP-TIP JADI BLOG TRENDING!
1. Sentiasa update blog anda.
2. Pelbagai sumber dan produk-produk kreatif.
3. Penggunaan kata kunci yang tepat dan trending
4. Blog perkongsian idea bermanfaat
5. Blog kreatif dengan idea terbaru
6. Blog trending bukan blog yang CANTIK, tetapi BERMAKLUMAT.



Matlamat Kelas Asas Penulisan Blog

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurul Hidayah Harun
Entri #26




Seperti biasa, sebelum memulakan sesuatu saya akan pastikan ada matlamat dan target yang perlu dicapai. Alhamdulillah, hampir 60% kerja saya akan sampai ke penghujungnya. Tindakan untuk menyertai Kelas Asas Penulisan Blog tidak sia-sia malahan banyak membantu saya dalam menghasilkan e book pertama. 

Untuk capai matlamat ini, yang paling penting kena sentiasa fokus dengan tugasan. Ramai yang menghasilkan blog kraftangan, tetapi tidak ramai yang menekankan aspek pengurusan bisnes dalam perniagaan kraf. Jika betul dan kena caranya, jualan kraftangan juga boleh mencapai ribuan ringgit setiap bulan. Ini lah yang saya akan kongsikan kepada pembaca.

"Strategi Perniagaan Kraf tidak sama dengan Bisnes lain,
 Tetapi Bisnes tetap Bisnes. Apa pun Strategi yang digunkan. 
Ada Hasil. Ada Untung. Ada Pulangan. Itu lah sebaik-baik strategi"

Tip-tip Kekal Fokus

1. Set target, Capai ikut tempoh yang ditentukan. Jika melebihi tempoh, perlu cepat bertindak. 
2. Sentiasa ada back up plan yang penting target dicapai.
3. Target yang realistik. Contoh, ingin mencapai jualan sebanyak RM1000 sebulan.
4. Berusaha mencari idea-idea baru. 
5. Kenal pasti pencuri masa. 
6. Cari batu loncatan.
7. Cari pendorong.



Saturday, March 18, 2017

PANDUAN PILIH HADIAH HARI GURU

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #25

Entri saya pada kali ini masih lagi berkisar kepada hadiah hari guru. Kita selalu ingin cari hadiah terbaik untuk cikgu. Hadiah yang boleh di manfaatkan oleh cikgu. Betul tak? Saya ingin kongsi idea hadiah hari guru yang menarik buat tatapan pembaca semua.

"Hadiah bernilai untuk cikgu adalah kejayaan pelajar-pelajarnya. 
Sambutan hari guru adalah satu simbolik 
untuk pelajar menghargai guru mereka kerana ilmu yang tidak ternilai harganya"


1.Berguna: Boleh dimanfaatkan oleh cikgu.
Hadiah hari guru seperti pen, buku nota, bekas pencil dan keychain nama antara hadiah hari guru yang boleh digunakan oleh cikgu. Pen contohnya boleh digunakan oleh cikgu untuk menanda kertas dan menulis. 

2. Cari hadiah ringkas tapi boleh digunakan.
Mug boleh digunakan untuk minum air atau untuk letak pencil atau peralatan guru seperti pen, pencil, pembaris dan lain-lain. Buku nota dengan nama cikgu sebagai hiasan 

3. Hadiah yang mempunyai Nilai. 
Nilai di sini kita jadikan sesuatu barang itu mempunyai nilai. Buat sendiri hadiah hari guru seperti buat kad ucapan. Ucapan kita kepada cikgu adalah satu nilai yang amat berharga di situ. 

4. Hadiah yang selalu digunakan. 
Bookmark boleh diisi dalam Buku Rancangan Pengajaran atau buku-buku lain. Cikgu dan buku terpisah tiada. Keychain nama, selalu digantung pada beg atau pencil case atau digunakan untuk menggantung kunci.