Friday, March 24, 2017

Kerugian adalah Pengalaman yang Menguntungkan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #34

Perkongsian pengalaman menyertai booth jualan tahun lepas. saya dan team mengalami kerugian yang agak besar. Itulah asam garam kehidupan berniaga. Ya. memang kami rugi sebab banyak guna pelaburan masa,duit dan tenaga. Daripada ke semua produk yang dihantar hanya 10% sahaja yang laku. Sewa booth pun tak lepas.  

Kerugian itu agak membuatkan kami semua terduduk. Stress dan hampir putus harapan. Tapi sekejap je tu. Berbekalkan saki baki semangat yang ada, kami teruskan hari-hari biasa dan tahun ini kami lebih berstrategi. Siapa kata rugi itu satu kerugian? Satu masa ia akan jadi pengalaman yang menguntungkan. Besar modal, besarlah pulangannya. besarlah juga kerugiannya. 

Cerita tahun lepas, saya dan team buat barang untuk satu booth konvo yang agak besar. Sewa pun boleh tahan. Melalui pengalaman sebelumnya, jualan booth konvo antara yang paling tinggi jualan. Semuanya mencapai target. Tetapi, ini lah cabaran kami. Penghujung tahun 2016, hasil jualan booth agak suram.

Apabila melibatkan projek mega macam ni, kami akan buat secara berkumpulan. Akan ada pembahagian tugasan. Kali ini, saya dapat bahagian hias menghias dan penghantaran. 200 biji bantal sedia untuk dihias dalam masa dua minggu. Tugasan pertama saya kurang berjaya. Dalam tempoh 2 minggu hanya berjaya siapkan dalam 150 biji sahaja. Berbaki 50 tanpa hiasan. 

Maka dengan jumlah tersebut dan tambahan bantal hiasan ahli team yang lain, saya dan suami hantar ke Penang. Sumbat semua sehingga padat. Tak muat, celah-celah kusyen pun jadilah. Semangat apabila kami bertiga, saya, suami dan Aisyah bersama-sama ke Penang. Sambil makan angin la katakan. Setelah selesai tugasan menghantar, kami balik dengan harapan.

Walaupun tidak seperti yang diharapkan. Ia sesuatu pengalaman yang amat bermakna. Semoga tahun 2017 memberi kami suntikan semangat yang baru. Amin.



Bantal yang diterima. Seriau tengok. 
Tetapi semangat tetap membara.



Antara sejumlah bantal yang dihias. 
Macam-macam tema ada.



Pengembaraan pertama keluarga kecil.


Alhamdulillah, tak ada istilah rugi. 
Ia cuma cabaran kecil dan pengalaman untuk jadi lebih matang.


Tip Mula Bisnes Kraf Dengan Modal Kecil

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #33




Kenapa saya selalu fokus kepada modal seperti entri-entri sebelumnya? Modal merupakan cabaran utama kita melangkah ke bidang perniagaan. Betul tak? Modal juga halangan untuk kita melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan.
Biasa tanpa modal, anda boleh mulakan dropship. Tetapi, ada lagi satu cara lain iaitu mulakan dengan apa yang kita minat.

1. Fokus pada satu produk

Mula dengan satu produk sahaja dulu. Contoh, keychain Felt. Buat sedikit kajian jenis-jenis keychain yang mendapat sambutan. Buat lawatan ke blog-blog kraf, Pinterest dan facebook sahabat kraf, cari idea. Jangan tiru tetapi buat sedikit olahan idea supaya produk anda jadi lebih unik.

2. Tentukan target jualan 

Penting untuk kita tentukan berapa target jualan untuk kita terus fokus. Pastikan realistik dan boleh dicapai. 

3. Tentukan tempoh masa jualan

Tempoh masa yang sesuai biasanya antara 2-3 bulan untuk uji jualan produk anda. Tetapi bergantung kepada usaha dan strategi promosi produk.

4. Fokus kepada strategi jualan online.

Antara yang perlu dititik beratkan adalah teknik copywriting: Fokus kepada tajuk iklan, tawaran iklan, arahan untuk membeli dan gambar/multimedia.

5. Dapat hasil jualan, bahagi kepada saving, modal dan kegunaan peribadi.

Pandangan saya untuk gunakan sistem gaji mungkin tak sesuai dengan situasi bisnes. Secara realistiknya, hasil jualan boleh dipecahkan kepada simpanan jangka masa panjang (tentukan tempoh), modal dan keperluan peribadi.

6. Modal yang diperolehi, ulangi langkah pertama.

Modal bulanan boleh kembangkan menghasilkan produk yang baru. Kraf berbeza dengan bisnes yang lain. Rajinkan lah diri, kaji idea baru dan sentiasa hasilkan produk-produk baru.

Tip-Tip Terima Tempahan Borong.

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #32

Alhamdulillah, jualan yang sangat mendapat sambutan. Target jualan dicapai! Okey, dah boleh tutup tempahan borong untuk hari guru. Sekarang,mula proses tempahan. Kali ini, berdua lebih baik untuk siapkan tempahan. Mula dari memotong dan menjahit. Perlu siapkan dengan cepat, minggu depan sudah boleh pos. Kena cepat-cepat. Nak buka strategi ke 2 dengan target baru. Fokus yang sama, pada jualan hari guru. Kali ini produk ready stok dan tempahan produk siap.




Tip-tip cepat buat kerja yang melibatkan "bulk order"

1. Kumpul semua tempahan 
2. Bahagi kepada jenis-jenis produk
3. Tentukan tempoh masa untuk siapkan
4. Fokus pada satu jenis produk untuk disiapkan.
Sambung dengan produk seterusnya.
5. Jika terlalu banyak tempahan, upah pembantu. 

Modal Bisnes: Hutang vs Simpanan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto:
Entri #31
Modal: Hutang vs Simpanan


Nak kembangkan perniagaan atau nak mulakan perniagaan perkara pertama kita fikir adalah modal. Betul tak? Modal sama ada hutang atau simpanan, itu terpulang kepada kita. Ini pandangan saya daripada pengalaman dan pembacaan.

1. Mulakan bisnes dengan apa yang ada dahulu. Termasuk simpanan di tangan. Hutang? Boleh! Dengan syarat kita ada kemampuan untuk bayar balik.

2. Saya sendiri memulakan bisnes Kraf dengan apa yang ada. Aset penting masa tu adalah handphone. Guna duit elaun. RM800. Semata-mata nak beli handphone yang kualiti gambar yang baik. Alhamdulillah. Dapat la sebiji LENOVO. Ingat! Gambar nak up dalam FB mesti cantik dan jelas.

3. Pernah kerja sementara sebagai promoter selama 8 bulan semata-mata untuk kumpul modal bisnes. Tapi tak banyak sangat yang dapat kumpul. Boleh lah beli big shot dan sedikit bahan kraf. Selebihnya duit simpan buat kenduri.

4. Guna mesin jahit lama mak sebelum dapat yang baru. Dapat tawaran kerja jadi cikgu ganti. Duit gaji, dapat beli mesin jahit BROTHER.

5. Selebihnya. Bangkit dengan duit simpanan. Ini sebabnya penting SAVING.

Apa pun, rezeki setiap orang tak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Ada yang dipermudahkan . Ada yang diuji. Yang penting kita ada usaha. Bila dayah toleh 5 tahun ke belakang. Syukur. Di sini dayah Sekarang. Sedang bercerita dengan anda tentang pengalaman yang boleh dijadikan ikhtibar.

Wednesday, March 22, 2017

Tip-Tip Tarik Follower Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #30
1. Mesra pelanggan; Semasa reply masej pelanggan, cuba selitkan icon mesra. Sesetengah produk atau servis perlu kepada formaliti. Tapi, kita sebagai Krafter, urus niaga kita rasanya tidak perlu kepada sesuatu yang formal . Senikan kebebasan.
2. Kreatif; Produk yang kreatif ✔. Tetapi jika persembahan produk tidak kreatif. Produk kita akan kurang menyerlah.
3. Fast Respond. Yang ni terbaik jika dapat reply order pelanggan dengan cepat. Kita kan Krafter. Tak ada tangan lebih nak lakukan semua serentak. Guna auto reply pun boleh. 
4. Selitkan Free Gift bersama barang pelanggan supaya rasa dihargai. Siapa tak suka dengan sesuatu yang PERCUMA.Betul tak?
5. Seperti yang selalu dipesan "post sesuatu yang positif" FB Kedai kita. Dalam Kedai mesti CANTIK dan MENARIk. Jemput pelanggan yang lalu lalang di wall masuk dengan kata-kata yang menarik, sekali sekala tampal PROMOSI
6. Susuanan Kedai yang cantik, kemas dan teratur. Ini mewakili ALBUM gambar produk.

Facebook mewakili kedai anda.
#Panduanbisneskraffelt

4 Teknik COPYWRITING Berkesan Produk Kraf

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entrui #29


Copywriting yang berkesan adalah penggunaan ayat yang mampu menarik minat pembaca untuk membaca apa yang kita tulis. Dalam pemasaran produk, kaedah copywriting amat penting. Saya nak share beberapa tip yang boleh digunakan untuk menarik pelanggan anda like post anda.

1. Penceritaan (Story Telling)

Dalam bidang kraf Felt, mudah untuk kita kenal pasti siapa target pelanggan kita. Tentunya peminat kraf Felt. Betul tak? Kebanyakan peminat Felt adalah terdiri daripada penghasil dan penjual produk kraf. Di sini, penting teknik story telling dalam pengiklanan produk kita.  Gunakan kaedah lain seperti penyelesaian kepada masalah, cerita tentang keunikan dan kelebihan. Jika anda jual secara borong kaitkan dengan program-program tertentu seperti booth jualan, harga dan kelebihan. 

Kata Kunci: Kenal pasti kemahuan pelanggan.

2. Jangan terlalu Agresif Menjual

Elakkan guna kaedah "hard selling"setiap masa. Selitkan dengan cerita, perkongsian tip-tip atau "cerita di sebalik tabir" penghasilan produk kraf. Posting yang terlalu kerap dengan produk-produk kraf dan ayat-ayat "memaksa" beli akan menyebabkan pelanggan rasa jemu. Kena ingat! Strategi pemasaran produk kraf tak sama dengan produk-produk yang lain. Kraf perlu kepada idea yang sentiasa segar dan baru. 

3. Jangan Menjual

Cuba tukarkan ayat-ayat yang biasa digunakan untuk menjual dengan ayat memujuk atau ayat penceritaan.Kurangkan, atau kalau boleh elakkan penggunakan perkataan promosi. Cuba gantikan dengan ayat memujuk yang lain untuk meyakinkan pelanggan.

4. Guna ayat santai dan mudah paham.

Jangan gunakan ayat yang "skema" sebaliknya tukarkan kepada ayat yang lebih santai.

"Sila dapatkan produk kraf terbaru daripada Nurdaya Craft. Lebih Jimat. Kualiti Terjamin" Skema tak ayat? Tukar "Nak jimat tapi kualiti top! jom lah usha-usha produk terbaru kami. Terbaik..."




Sunday, March 19, 2017

Keychain Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #28

Perkongsian Idea Produk Kreatif Keychain Felt
koleksi Nurdaya Craft

Hasil kreatif kebanyakan dihasilkan dengan menggunakan big shot dan dies. Alat yang memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja. Olahan dan gabungan bentuk-betuk precut hasil felt dari potongan dies menjadikan produk lebih pelbagai dan kreatif. Seni hand cut juga amat penting untuk hasilkan produk yang kreatif dan ada keunikan tersendiri.

Antara contoh keychain Felt olahan kreatif Nurdaya Craft