Sunday, March 26, 2017

RM1000 Modal yang Ideal Mulakan Bisnes Kraf

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Google Imej
Entri #43


Hari tu kata RM50 dah boleh mula bisnes kraf. Kenapa sekarang RM1000? Banyak tu. Mana nak dapat duit sebanyak tu. Sabar dulu berapa jumlah modal yang dapat dikeluarkan itu adalah hak kita. Boleh mulakan dengan berapa banyak yang kita nak.

Kenapa RM1000 mula Modal Bisnes Kraf? 

RM1000 adalah pelaburan minima yang ideal untuk kita mulakan bisnes Kraf. Kenapa? Nak hasil cepat. Dalam bisnes modal kecil, untuk besarkan bisnes, agak lambat. Betul tak? Mesti ada sesuatu jumlah yang membolehkan kita pecut dalam perniagaan,

Tetapi ada pantang larang juga ye. Nak Bisnes, perlu kepada ilmu dan cara yang betul. Jangan pula modal jadi lebur 

Sebelum tu, kena ingat ni:

1. Kreativiti adalah kemahiran. Ia boleh dipelajari dan di asah.
2. Usaha dulu. Belajar dan terus cuba.
3. Bezakan hobi dan bisnes. Hobi buat APA yang kita minat, bisnes
APA yang orang lain (pelanggan) minat.

Perlu untuk kita buat pecahan sebelum kita mulakan sesuatu bisnes. Target yang jelas juga sangat penting.

#Fokus
#Aggresif
#Cepat
#Mentor

APA yang perlu dibuat dengan Modal RM1000.

Set Asas Big Shot


1. Beli Big shot & Dies
2. Beli Bahan Mentah (Kain Felt)
3. Hasilkan precut dan jual.
4. Buat pusingan modal
5. Modal; beli dan mulakan (langkah 3) atau kembangkan kepada satu produk yang lain. Pastikan modal yang minima.
6.Modal; bagi yang tiada asas, tapi ada minat. Luangkan masa untuk menyertai mana-mana bengkel Kraf atau bengkel bisnes.

Cara cepat untuk maju dalam bisnes bergantung kepada mesin dan peralatan yang digunakan. Big Shot & Dies adalah alatan paling ideal untuk kita laburkan modal. Bayangkan Big Shot boleh menghasilkan paling sikit 4 produk sekali gus berbanding hand cut hanya satu produk (precut). Hasil hand cut belum tentu cantik, perlu kepada latihan yang berulang dan teknik yang betul. 

Dalam perniagaan, kuantiti itu penting. Sebeberapa banyak kita boleh hasilkan produk dalam masa yang singkat. Sama juga dengan bisnes-bisnes yang lain. Produk juga mudah dijual dan lebih banyak permintaan. Bezanya kraf, adalah kualiti dan keunikan yang ada padanya.

Cara mudah buat duit tanpa perlu kepada kreativiti bagi mereka yang tak ada pengalaman. Senang! Walaupun masih dalam proses pembelajaran. Anda masih boleh buat duit. Belajar dulu dari pengalaman. Rasa tu kain Felt itu macam mana. Rasa dahulu jual produk itu macam mana. Berkenalan dahulu dengan pelanggan anda. Bila anda sudah kenal mesra dan tahu siapa pelanggan anda. Senang untuk atur strategi.

Nak atur strategi, tetapi tak tahu bagaimana? Masa inilah baru anda ambil langkah seterusnya. Sertai mana-mana bengkel bisnes.

No comments:

Post a Comment