Foto: Nurdaya Craft
Entri #1
Assalamualaikum dan Salam Perkenalan.
Saya Nurul Hidayah binti Harun, dilahirkan di Terengganu dan menetap di Pasir Puteh, Kelantan. Saya dilahirkan pada 2. Mac 1989. Sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, Aisyah Humaira. Matlamat hidup saya adalah untuk menjadi Usahawan Kraf yang berjaya di samping mempunyai keluarga yang bahagia. Berniaga dan kraftangan adalah minat yang wujud semasa saya masih kanak-kanak lagi.
Buku pertama kraf, sewaktu darjah 4 yang
dihadiahkan oleh ibu mendorong minat saya
terhadap seni kraftangan
Dari kecil lagi saya memang minat
berniaga. Semasa di bangku sekolah, saya pernah menjual hiasan kerang kepada
kawan-kawan sekolah. Selepas sahaja tamat belajar tingkatan 5, menunggu tawaran
ke Kolej Matrikulasi, saya mengisi masa lapang dengan belajar mengenai
kraftangan. Hasil pertama saya adalah keychain yang tidak beberapa comel. Hasil
jahitan pertama agak teruk. Maklumlah, tiada asas dalam jahitan. Tetapi saya
tetap cuba menghasilkan keychain yang comel dengan hasil jahitan yang lebih
kemas. Dari situlah, bermulanya minat terhadap dunia kraftangan Felt. Dengan
menggunakan sumber yang ada seperti Blog dan Youtube, dari situlah saya mula
belajar mengenai kraftangan seni Felt.
Antara keychain Felt nama terawal tempahan dari pelanggan
Selepas menamatkan Program
Matrikulasi selama setahun, saya mula tertarik untuk jadikan hobi dan minat
sebagai duit tambahan. Tambahan pula, ada permintaan di kalangan rakan sekolah
adik-adik. Beruntung rupanya ada adik yang ramai dan mempunyai minat berniaga.
Alhamdulillah. Dari situ, saya memulakan perniagaan kraftangan dengan
bermodalkan RM50 untuk membeli bahan kraf. Hasil pulangan pada waktu itu bagi
saya amat lumayan. Syukur dapat kongsi rezeki bersama adik-adik. Lebihan wang
niaga saya simpan kemas di dalam tabung.
Mendapat tawaran sambung belajar
Ijazah Saujana Muda dalam bidang Keusahawanan Teknologi Pertanian, UMK memberi
banyak suntikan semangat untuk terus berniaga. Di sini, saya didedahkan dengan
ilmu perniagaan memandangkan UMK adalah universiti berteraskan keusahawanan.
Saya mengambil peluang, mencuba nasib mempromosikan hasil seni kepada
rakan-rakan di kolej. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik tetapi
terpaksa menghadkan tempahan memandangkan saya perlu fokus pada pelajaran dan
aktiviti kolej.
Antara produk yang menjadi kesukaan pelajar kolej.
Selepas tamat belajar, saya
ditawarkan untuk menyertai kursus keusahawanan anjuran MARA. Alhamdulillah, di
situ banyak perkongsian yang menarik daripada usahawan yang berjaya. Di dalam kursus
itu, saya didedahkan dengan pelbagai teknik dan strategi jualan, pemasaran dan
cara menghasilkan kertas kerja. Saya juga didedahkan dengan aktiviti jualan
langsung, di mana saya dan ahli kumpulan perlu menjual minuman kepada pelanggan
dan perlu mencapai target jualan yang ditetapkan. Di situ,pengalaman pertama
berjumpa pelanggan yang tidak dikenali. Tugasan ini agak mencabar kerana
memerlukan cara yang berkesan untuk menarik pelanggan membeli dengan kita.
Syukur, sekarang soft skill itu sudah
ada dalam diri dan tidak menjadi masalah untuk berurusan dengan orang yang
tidak dikenali. Pengalaman berada di Night Market RTC Tunjung memberi satu gambaran baru tentang dunia perniagaan. Tak sangka, waktu malam di sini sungguh rancak dan meriah.
Suasana Night Market RTC Tunjung, Kelantan
Selepas menamatkan pengajian,
saya serius memulakan perniagaan online. Hanya belajar menerusi Blog dan Youtube di samping ilmu yang sedia ada dalam diri, berani mengambil langkah
pertama dengan membuka akaun facebook untuk tujuan perniagaan kraftangan. Di
situ saya mula fokus jualan secara atas talian (online). Pada mulanya, tiada permintaan. Perkongisan tips yang
berguna dalam Blog dan Youtube membolehkan saya upgrade perniagaan kraftangan dari masa ke semasa. Kengkangan
sumber kewangan menjadi masalah utama pada waktu itu. Saya mengambil langkah
untuk bekerja sementara bagi mengumpul modal perniagaan. Alhamdulillah,
hasil daripada kerja selama hampir 8
bulan, saya mampu mengumpul beberapa peralatan penting dan bahan asas untuk
kembangkan lagi perniagaan saya. Sambil menyelam sambil minum air, itulah saya.
Di tempat kerja saya masih lagi mengambil tempahan kraf Felt daripada rakan
sekerja yang berminat.
Sekarang, sudah hampir 6 tahun
berlalu. Alhamdulillah, saya sudah mempunyai segala kelengkapan untuk
menghasilkan kraftangan yang berkualiti dan mampu menerima tempahan yang
banyak. Kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan juga seorang ibu kepada anak
yang comel semakin baik dan teratur. Fokus utama saya adalah perniagaan secara Online . Jika ada jemputan mana-mana
booth, itu menjadi sumber rezeki tambahan. Alhamdulillah, buat masa itu, produk
kraftangan saya sudah menembusi pasaran luar negara, melalui jualan booth di Brunei.
Bukan itu sahaja, saya juga pernah mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar,
mengajar pelajar mengenai kraftangan Felt bersama-sama sahabat kraf saya yang
lain. Saya lebih yakin membuka kelas secara online bagi sesiapa yang berminat
untuk mengikuti kelas kraftangan.
Bagi mereka yang berminat dengan hasil Nurdaya Craft dan sentiasa menyokong saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Sebarang pertanyaan dan pendapat yang ingin dikongsikan boleh hubungi saya melalui cara di bawah.
Terima kasih.
Email: pn.nurulhidayahharun@gmail.com
Whatsapp/sms: +60169654892
Facebook Page: Nurdaya Craft
Instagram: @nurdayacraft
Blog2: Nurdaya Craft
Bagi mereka yang berminat dengan hasil Nurdaya Craft dan sentiasa menyokong saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Sebarang pertanyaan dan pendapat yang ingin dikongsikan boleh hubungi saya melalui cara di bawah.
Terima kasih.
Email: pn.nurulhidayahharun@gmail.com
Whatsapp/sms: +60169654892
Facebook Page: Nurdaya Craft
Instagram: @nurdayacraft
Blog2: Nurdaya Craft
No comments:
Post a Comment