Foto: Nurdaya Craft
Entri #20
Assalamuaikum.
Salam Sejahtera.
Alhmdulillah,syukur dapat feed back positif daripada sahabat muka buku yang suka mengikuti perkembangan blog saya.
Terima kasih Siti Haryani
Kali ini saya akan ceritakan kesusahan dan cabaran disebalik kejayaan kecil dalam dunia kraf. Matlamat utama masih belum dicapai dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Insyallah.
Saya seorang yang percayakan impian dan cita-cita. Perkara dalam dunia ni tak ada yang mustahil termasuk mengapai impian untuk menjadi seorang usahawan perniagaan kraf yang berjaya. Dan juga dengan izin Allah. Impian ini wujud sebelum saya melangkah kaki ke alam universiti, Tetapi masih kabur.Waktu itu saya sudah set minda saya untuk berniaga. Cuma tak fokus ke arah satu perniagaan.
Ini cabaran bagi saya.
Melangkah kaki ke universiti, ilmu-ilmu keusahawanan yang dipelajari membuatkan saya lebih yakin dengan diri saya. Niat saya semakin teguh. Berniaga! berniaga! berniaga!. Tidak akan bekerja dengan orang lain. Mula dengan diri sendiri. Mula dari bawah. Tetapi, berlaku konflik dalam diri sama ada untuk teruskan atau lupakan. Pada masa itu, saya dikelilingi oleh orang yang berjaya dalam industri kosmetik, makanan, dan lain-lain yang hasilnya boleh mencapai jutaan ringgit.
Pernah ditawarkan untuk bekerja dan dilatih oleh jutawan kosmetik. Ilmu yang saya ada insyallah boleh membantu beliau dan saya mugkin akan berjaya. Tetapi saya menolak. Saya juga pernah berada di kalangan datuk-datuk dan orang terpengaruh untuk merangka draf perlaksanaan projek pertanian untuk dana yang mencecah jutaan ringgit, tetapi saya tidak meneruskan. Sebaliknya, saya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai promoter di sebuah kedai pakaian. Rugi ke?
Teruja melihat usahawan yang maju dan berjaya dalam pelbagai industri menyebabkan saya kehilangan identiti diri. Di sini, saya cuba untuk menjadi orang lain sedangkan itu bukan benda yang saya minat. Pernah tak dengar ungkapan "Minat sahaja tak boleh jadi kaya". Kabur dengan ungkapan itu, saya tersasar dan ini adalah pencuri masa untuk saya berjaya. Rupa-rupanya bukan kekayaan yang dicari, tetapi kejayaan.
Pemula titik kejayaan saya adalah sebuah doa. Doa di malam yang penuh dengan kekecewaan, kebencian. kekeliruan dan kesedihan. Yakinya saya pada doa itu setelah diberi petunjuk pada sujud terakhir. Hati dilapangkan. Rasa sungguh tenang. Alhamdulillah, satu per satu doa dimakbulkan.
Alhamdulillah. Ini lah saya sekarang. Ya. saya mula dari kosong. Belajar sendiri. Cuba aplikasi ilmu dan pengalaman yang ada. Banyakkan bahan bacaan yang boleh memotivasikan diri. Kadang-kadang terpaksa menjadi pembangkang tegar untuk menegakkan cita-cita saya. Sentiasa cari pendorong. Sentiasa mencari rentak baru kerana saya masih dalam perjalanan mencapai kejayaan. Titik akhir kepada sesebuah kejayaan saya adalah kematian dalam iman yang sempurna.
Setiap ungkapan yang saya sebut berulang-ulang "Matlamat" "Rakan Positif" "Target" "Kejayaan" "Persahabatan" bukan benda remeh. Pengalaman hidup banyak mengajar kepentingan semua itu.
Kebanyakan Posting, kata-kata dan perkongsian datangnya dari pengalaman saya. 10% hasil dari bahan bacaan dan sumber-sumber rujukan yang lain.
Tip-tip kejayaan dari saya
1. Tetapkan niat.
2. Buat kerana minat.
3. Sentiasa cari pendorong (orang sekeliling yang positif dan membantu)
4. Usaha dan doa
5. Setkan Target dan Matlamat berperingkat. Sesuaikan matlamat perniagaan dengan situasi dan kehidupan kita
6. Jangan derhaka pada orang tua. Jangan putus doa orang tua terhadap diri kita walaupun kita sudah berkahwin.
No comments:
Post a Comment