Foto: Nurdaya Craft
Entri #2
Sebelum memulakan apa-apa
perniagaan, kita perlu kaji dahulu apa perniagaan yang idea dengan perwatakan kita.
Ini supaya modal dan masa yang dihabiskan tidak sia-sia. Bagi memulakan perniagaan
kraftangan, minat adalah pekara utama yang perlu ada dalam diri. Minat ini yang
akan mendorong kita supaya lebih tekun dan rajin berusaha untuk mencapai target dalam perniagaan.
Hari ini saya ingin
kongsikan beberapa tip bagi mereka yang berminat menceburi dunia kraftangan
Felt.
1.Mulakan Dengan Modal
Yang Minima.
Terpulang kepada kita
untuk keluarkan berapa banyak modal. Tetapi
pastikan modal itu tidak hangus dan sia-sia. Sebelum
keluarkan modal, pastikan tahu tujuan modal itu dikeluarkan dan matlamat yang
ingin dicapai.
2. Mulakan dengan Set
Permulaan (Starter Pack)
Kebiasaannya starter pack
mengandungi peralatan dan bahan asas untuk
memulakan kraf. Starter pack juga mengandungi modul asas untuk kita belajar cara
buat kraf. Starter pack amat digalakkan kepada mereka yang tidak biasa dengan kraftangan Felt tetapi ingin menceburi bisnes
kraftangan Felt
3. Mulakan Jaringan Sosial
Jaringan sosial yang
dimaksudkan adalah Facebook, Instagram, Blog
dan aplikasi yang memudahkan untuk kita saling berhubung. Melalui
jaringan sosial ini, tambahkan kenalan dan sentiasa muat naik hasil kraf anda.
Sentiasa kongsi pendapat anda dan minta pendapat sahabat maya anda. Ingat! Elakkan
post sesuatu yang negatif.
4. Kongsi Hasil Kraf
Pada peringkat permulaan,
agak sukar untuk kita dapatkan pelanggan. Dengan cara update status secara konsisten, tip-tip atau hasil
krftangan anda dan juga kehidupan anda sebagai peminat kraf boleh menarik minat follower atau rakan maya anda . Setiap daripada kita ada kelebihan dan peminat masing-masing. Jadi jangan malu untuk
kongsi hasil anda.
5. Sokong Perniagaan
Sahabat Anda.
SHARE, LIKE dan
COMMENT (SLC) menjadi satu trend dalam
kalangan komuniti peniaga dan peminat kraf sekarang. SLC juga merupakan satu
strategi perniagaan. Apabila kita support rakan kita dengan
meninggalkan komen membina, secara tidak langsung mereka akan turut support post kita.
Secara automatik. Post kita yang lepas-lepas akan sentiasa update dengan sendiri.
6. Kongsi Sesuatu Yang
Berfaedah.
Post sesuatu yang berfaedah boleh memberi inspirasi atau
panduan kepada pembaca. Tidak semestinya hasil daripada kita. Share maklumat daripada
Page, Blog atau Facebook atau sumber yang lain juga salah satu strategi untuk
menarik minat pembaca melawat Page atau Facebook kita.
7. Sentiasa Tambah Ilmu
Dalam apa bidang
sekalipun, ilmu amat penting. Carilah ilmu.
Boleh Google,Youtube, Blogging atau sertai kumpulan yang memberi kita ilmu untuk terus kita
kembangkan perniagaan kraf anda.
No comments:
Post a Comment