Foto: Nurdaya Craft
Entri #9
Dalam bisnes kraf, sebenarnya banyak cara yang boleh mendatangkan pulangan kepada anda. Tetapi anda perlu ada minat dan fokus. Kreativiti pula adalah satu kemahiran yang boleh diasah dan dipelajari. Jadi, tanpa kreativiti sebenarnya anda sudah boleh memulakan bisnes kraf felt. Di bawah, saya senaraikan beberapa idea bisnes yang berkaitan dan kraf felt.
1. Pembekal Bahan Mentah dan Peralatan Kraf
Untuk menjadi pembekal memerlukan modal yang besar. Jika anda ada kemampuan kewangan, fokus kepada jualan bahan mentah separti kain felt, butang dan bahan kraf yang lain. Kain felt adalah sumber utama pelanggan. Kenal pasaran yang betul, maksimakan keuntungan. Kebiasaan, bahan mentah margin keuntungan adalah rendah, Oleh itu penting modal yang besar dilaburkan bagi membeli dengan harga borong untuk dijual balik.
2. Jual Produk Kraf secara Online
Kebanyakan peminat kraf akan menjadikan kraftangan sebagai sumber pendapatan sampingan. Ada juga yang serius jadikan hasil kraf sebagai sumber utama rezeki. Jualan secara Online amat mudah. Tidak memerlukan modal yang besar, ruang yang luas, sewa kedai dan keluarkan duit untuk minyak kereta. Hanya memerlukan Media Sosial untuk menjual produk dan ruang yang kecil untuk berkarya.
Disebabkan terlalu ramai penjual Online, anda perlu lebih kreatif menghasilkan produk dengan harga yang lebih berpatutan.
3. Jualan Booth
Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti luar, kebiasaan akan membuka booth jualan. Jika kena pada sasaran pelanggan, Anda akan memperoleh keuntungan berkali ganda. Tetapi anda perlu ingat, jualan booth memerlukan modal yang agak besar pada awal permulaan. Antara yang perlu dititik beratkan adalah modal produk, sewa booth dan upah pekerja. Pastikan anda kaji dahulu target pelanggan dan kelebihan anda menyertai sesuatu booth jualan. Hasilkan produk yang bersesuaian.
4. E-Book Kraf
Tidak semua peminat kraf suka menjual. Ada yang jadikan kraf sebagai hobi. Golongan ini boleh hasilkan duit dengan cara mengarang e-book berkenaan dengan kraf. Banyak pekara yang boleh dikongsikan kepada pembaca melalui minat dan penulisan e-book. Pastikan anda betul-betul menguasi gaya penulisan dan teknik menghasilkan e-book.
5. Bengkel Kraf
Bagi peminat kraf yang mempunyai keyakinan tinggi dan petah berkata-kata, boleh cuba dalam bidang bengkel kraf sebagai tenaga pengajar. Pastikan anda seorang yang berilmu dan mampu mengusai bidang kraf dengan baik. Bengkel kraf juga boleh dibuat secara online. Pastikan anda mempunyai sistem yang baik dan teratur bagi memulakan bengkel online sebagai pengajar.
Bengkel Kraf Felt: Busybook di UTC Kuantan, Pahang.
Bengkel Kraf Busybook secara online melalui applikasi whatsapp.
Sekarang anda boleh nampak, bertapa mudahnya untuk buat duit dengan minat yang ada. Jauhkan daripada sikap negetif, rajin berusaha dan fokus adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Anda buat, anda dapat.
No comments:
Post a Comment