Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #17
Aisyah Humaira, si cilik yang panjang akalnya. Inilah anak saya. Sekarang sudah pun berumur setahun lebih. Pemainan Umi permainan Humaira juga. Nak bagi saya fokus kerja, kena pastikan Humaira fokus pada permainanya. Oleh itu, saya sediakan satu ruang khas untuk Humaira bermain. Nak tarik perhatian supaya Humaira suka bermain ditempatnya, kena pastikan tempatnya sentiasa tersusun dan kemas.
Ada antara permainan yang saya sendiri hasilkan dan ada yang beli. Kebanyakan permainan berasaskan permainan pendidikan. Bila permainan tidak lagi melekakan Humaira. Saya selang-seli dengan lagu Didi & Friends. Sekarang saya sudah mula bacakan Humaira buku cerita bergambar. Alhamdulillah, Humaira menunjukkan minat terhadap buku.
Kanak-kanak cepat bosan bila melakukan sesuatu. Kita sebagai ibu haruslah kreatif dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Lakukan aktiviti yang berbeza. Perbanyakkan aktiviti indoor dan sekali-sekala aktiviti outdoor. Contoh aktiviti outdoor yang saya selalu lakukan bersama keluarga pada hujung minggu, bawa Humaira ke taman bermain belon air. Kadang-kadang bawa Humaira ke pantai dan air terjun. Bagi Humaira dekat dengan alam sekitar.
Play board: Aktiviti sensory
1. Kenal pasti warna
2. Boleh buka dan tutup zip
Busy mat: Aktiviti sensory
1. Puzzle kucing antara permainan kegemaran Humaira
2. Lady bug, aktiviti mengira
Ruang santai Aisyah Humaira.
No comments:
Post a Comment