Foto: Nurdaya Craft
Entri #34
Perkongsian pengalaman menyertai booth jualan tahun lepas. saya dan team mengalami kerugian yang agak besar. Itulah asam garam kehidupan berniaga. Ya. memang kami rugi sebab banyak guna pelaburan masa,duit dan tenaga. Daripada ke semua produk yang dihantar hanya 10% sahaja yang laku. Sewa booth pun tak lepas.
Kerugian itu agak membuatkan kami semua terduduk. Stress dan hampir putus harapan. Tapi sekejap je tu. Berbekalkan saki baki semangat yang ada, kami teruskan hari-hari biasa dan tahun ini kami lebih berstrategi. Siapa kata rugi itu satu kerugian? Satu masa ia akan jadi pengalaman yang menguntungkan. Besar modal, besarlah pulangannya. besarlah juga kerugiannya.
Cerita tahun lepas, saya dan team buat barang untuk satu booth konvo yang agak besar. Sewa pun boleh tahan. Melalui pengalaman sebelumnya, jualan booth konvo antara yang paling tinggi jualan. Semuanya mencapai target. Tetapi, ini lah cabaran kami. Penghujung tahun 2016, hasil jualan booth agak suram.
Apabila melibatkan projek mega macam ni, kami akan buat secara berkumpulan. Akan ada pembahagian tugasan. Kali ini, saya dapat bahagian hias menghias dan penghantaran. 200 biji bantal sedia untuk dihias dalam masa dua minggu. Tugasan pertama saya kurang berjaya. Dalam tempoh 2 minggu hanya berjaya siapkan dalam 150 biji sahaja. Berbaki 50 tanpa hiasan.
Maka dengan jumlah tersebut dan tambahan bantal hiasan ahli team yang lain, saya dan suami hantar ke Penang. Sumbat semua sehingga padat. Tak muat, celah-celah kusyen pun jadilah. Semangat apabila kami bertiga, saya, suami dan Aisyah bersama-sama ke Penang. Sambil makan angin la katakan. Setelah selesai tugasan menghantar, kami balik dengan harapan.
Walaupun tidak seperti yang diharapkan. Ia sesuatu pengalaman yang amat bermakna. Semoga tahun 2017 memberi kami suntikan semangat yang baru. Amin.
Bantal yang diterima. Seriau tengok.
Tetapi semangat tetap membara.
Antara sejumlah bantal yang dihias.
Macam-macam tema ada.
Pengembaraan pertama keluarga kecil.
Alhamdulillah, tak ada istilah rugi.
Ia cuma cabaran kecil dan pengalaman untuk jadi lebih matang.
No comments:
Post a Comment