Thursday, March 9, 2017

Idea Baru Kraf Felt

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri#5 

Pernah tak anda rasa dalam satu hari tu, anda rasa kehidupan kosong, serabut, idea kosong, malas dan banyak lagi lah pekara-pekara negetif wujud dalam diri. Nak buat kraf pun, tak bersemangat. Ya. Akan ada hari-hari begini dalam hidup kita.
Kali ni saya nak ajar anda cara untuk memanggil idea. Ingat! Semua ada tekniknya untuk dapatkan hasil terbaik. Yang penting, belajar dan berusaha untuk lakukan perubahan. Usaha yang berterusan akan memperoleh hasil yang luar biasa. Insyallah.

1. Kenal pasti Matlamat Produk
Bagi menghasilkan idea baru, peminat kraf perlu kenal pasti matlamat termasuklah sasaran sesuatu produk, kuantiti dan harga produk. Ini penting untuk memastikan produk yang anda hasilkan diletakkan pada pasaran yang betul. Menghasilkan produk tanpa kenal pasti sasaran akan menyebabkan produk anda tidak laku dan ini mempengaruhi jualan dan semangat anda. 

Cuba tanya pada diri anda:
Adakah produk anda terbaik dan berkualiti?
Produk anda memberi manfaat?
Produk anda boleh menyelesaikan masalah?

Jika semua jawapan Ya, Tetapi masih lagi tak mendapat sambutan. Kemungkinan, ini soalan untuk anda selesaikan.
Adakah produk anda berada pada sasaran yang tepat?
Siapa target pembeli?

2. Senaraikan Produk
Untuk memastikan produk anda kena pada sasaran, anda perlu senaraikan semua produk yang ingin dijual dan yang kemingkinan akan dibeli. Sebagai contoh, Hari Jualan Sekolah.Sasaran adalah kepada pelajar sekolah. Contoh produk yang sesuai adalah keychain, pencil case, bookmark, pencil topper, brooch, hiasan kanak-kanak seperti penyekak rambut, klip rambut dan gelang felt.

3. Cari Keunikan dan Tambah Nilai Produk
Sediakan satu kertas untuk melukis gambaran produk. Tambah sesuatu yang unik dan kelainan pada produk anda. Kita akan nampak apa yang perlu diubah apabila ada satu gambaran yang jelas. Oleh itu, jangan ambul mudah melukis gambaran produk  Keunikan produk memberi kekuatan kepada produk itu utuk dipilih oleh pelanggan. Nampak mudah, tapi mempengaruhi kuasa membeli. Tambah nilai produk boleh dilihat dari sudut fungsi, rekabentuk, pemilihan warna dan kualiti bahan yang digunakan.
Contoh mudah:
Produk baru: keychain Notebook (RM5)
Contoh Produk : Keychain (RM3)
Sasaran : Hari Guru / Cikgu / Pelajar
Tambah nilai : Notebook

Keychain Nama yang biasa dijual




Olahan idea, jadikan sebagai Keychain Notebook.
Sesuai untuk dihadiakan kepada guru sekolah.

4.Cari Pilihan yang Tepat.
Bagaimana cara untuk buat pilihan yang tepat. Kembali kepada target pelangaan anda. Jika pelanggan adalah kanak-kanak, cari sesuai yang ringkas dan harga yang berpatutan. Hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Bagi pelajar yang lebih dewasa, seperti pelajar kolej hasilkan sesuatu yang ringkas, hiasan lebih kedewasaan dan harga yang berpatutan. Jika targat adalah Guru,  hasilkan sesuatu yang berguna dan bermanfaat untuk guru. Contohnya, buku nota, bekas pencil, pen holder, dan penanda buku 

Keyword Proses Menghasilkan Idea Baru
1. Matlamat Produk
2. Kepelbagaian Produk
3. Keunikan dan Tambah Nilai Produk
4. Pilihan Tepat

No comments:

Post a Comment