Saturday, March 18, 2017

Tip-tip Iklan Produk Berkesan

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #24

Cara dan teknik up status produk yang betul amat penting untuk menarik pelanggan melihat dan membeli produk anda. Dalam ruang niaga online, persaingan amat tinggi. Satu kelebihan anda sebagai seorang penghasil kraf kerana anda boleh memancing pelanggan dengan keunikan dan kreativiti produk. Tetapi,  anda juga perlu kepada strategi yang berkesan supaya produk anda diterima oleh pelanggan.  

"Strategi Bisnes Kraf tak sama dengan Bisnes yang lain. 
Tetapi bisnes tetap bisnes. Apa pun strategi yang digunakan. 
Ada Hasil, Ada Untung, Ada Pulangan. Itulah sebaik-baik strategi"



TIP-TIP IKLAN PRODUK BERKESAN

1. Highlight tajuk penting 'produk kraf'. Jadikan sebagai tajuk utama.
2. Masukkan detail produk; kegunaan @ spesifikasi ðŸ™†.
3. Harga? Terpulang. Bagi mereka yang menggunakan strategi 'sorok harga' .Tidak perlu meletakkan harga. Tetapi kuatkan iklan anda, higlight kan point kenapa produk kraf anda perlu dibeli. Boleh masukkan point dibawah:-
✔ Kualiti
✔ Murah
✔ Borong
✔ Berbaloi-baloi
4. Masukkan point yang mengukuhkan lagi tajuk anda. Sebagai contoh; kaitakan dengan sesuatu perayaan, program, situasi, sambutan hari guru dsbg.
5. Dan jangan lupa masukkan gambar produk yang menarik. Masukkan juga watermark pada gambar anda 


No comments:

Post a Comment