Friday, March 10, 2017

Strategi Jualan Hadiah Hari Guru

Teks: Nurul Hidayah Harun
Foto: Nurdaya Craft
Entri #8



Assalamualaikum.
Salam Sejahtera

16 Mei . Tarikh yang seharusnya ditanda pada kelandar ushawan kraf. Kenapa? Inilah sasaran yang jelas untuk kita buat duit. Alhamdullillah, pengalaman saya dalam menghasilkan produk kraftangan untuk hari guru tidak mengecewakan. Semuanya lebih daripada target jualan. Di sini saya ingin kongsikan produk yang sesuai untuk hari guru. Bukan itu sahaja. Anda akan diajar teknik target pelanggan dengan berkesan dan cara mempromosikan produk hari guru.

1. Kenali Pelanggan Kita.

Apabila kita sebut tentang target pelanggan, di sini ada beberapa peringkat sasaran pelanggan. Kanak-kanak, pelajar dan ibu bapa pelajar. Jadi skop pasaran produk adalah sangat luas. Sebilangan besar rakyat Malaysia meraikan Hari Guru. Betul tak? Jadi ambil lah peluang ini sebaik-baiknya. Jualan secara atas talian Online memberi banyak kelebihan kepada anda untuk menghasilkan produk yang pelbagai.

2. Sasaran Produk.

Kebiasaannya, hampir semua produk usahawan kraf dapat disesuaikan dengan hadiah hari guru. Cuma anda perlu lebih kreatif tonjolkan keunikan pada produk anda. Ini memberi nilai tambah kepada produk anda dan mampu menarik lebih ramai lagi peminat. Antara contoh jualan yang laku keras ialah bekas pencil, buku nota, keychain hari guru, penanda buku, beg, hiasan gantung, tempat letak pen.



Contoh produk hari guru yang disukai ramai

3. Persedian Usahawan Kraf

Setelah mengkaji skop pelanggan dan produk, pastikan anda sediakan bahan secukupnya. Senaraikan keperluan peralatan dan bahan yang diperlukan. Buat target jualan. Pastikan target jualan realistik. Jangan pula target RM2000. Tapi hanya bermodalkan RM50 untuk dicapai dalam masa yang singkat. Tentukan tempoh masa untuk hasilkan produk. Saya cadangkan, jika anda berkemampuan mulakan keluarkan produk readystok seawal 3 bulan sebelum. Laburkan duit anda untuk sediakan bahan. Mula ambil tempahan seawal 2 bulan sebelum hari kejadian. Sekurang-kurangnya, dua saluran duit masuk. Tidak mustahil jika anda pandai sistematik dan pandai tackle sasaran pelanggan, jualan anda boleh mencecah lebih RM5000. Mungkin lebih daripada itu.Ini tidak mustahil.

4. Tempoh yang sesuai untuk beriklan?

Sebelum beriklan, buat beberapa contoh produk untuk hari Guru. Naikkan iklan di wall seawal 3 bulan sebelum. Sentiasa update produk-produk terbaru, design-design terbaru di wall dalam tempoh tersebut. Insyallah, jika rezeki anda, dua bulan sebelum akan masuk tempahan pukal daripada pelanggan. Sebulan sebelum jualan, makin rancak. Jangan sampai kita gigit jari melihat ramai pelanggan, tetapi terpaksa menolak disebabkan tak menang tangan. Sedangkan orang lain, boleh menghasilkan lebih banyak duit.

Apa yang penting di sini adalah perancangan. Sebab itula kita perlu setkan target. Dengan adanya target, barulah semua perkara boleh dirancang. Siapa kata Bisnes kraf tidak boleh pergi jauh? Usaha lebih akan hasilkan sesuatu yang luar biasa.

Selamat Hari Guru.



Dapatkan Produk Hari Guru dengan lebih murah dan jimat di sini:
JUALAN BORONG HARI GURU

No comments:

Post a Comment